Saya sudah berani meletakkan margin keuntungan yang lebih tinggi.

Kerana jika dibandingkan dengan pesaing lain, saya rasa kuih yang saya jual ada kelainan.

Walaupun dulu belajar ekonomi, memang out term-term perniagaan ni. Terima kasih!

Cik Zarina Cik Zarina, Pengguna Panduan Strategi Harga

Kos untuk keluarkan produk & berikan servis kepada pelanggan semakin hari semakin meningkat.

Tapi kebanyakan peniaga takut untuk naikkan harga jualan.

Sebab nanti bila naik, pelanggan lari katanya.

Tapi kalau pelanggan tak lari dan bisnes rugi pun apa gunanya kan?

Ini 3 tip mudah untuk naikkan harga tanpa pelanggan lari dan bisnes kekal untung.

 

1) Terbukti

Naikkan harga apabila terbukti produk & servis anda memang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Apabila majoriti pelanggan anda berikan respon positif, ini petanda anda boleh naikkan harga.

Harga bukan isu untuk produk & servis yang terbukti membantu.

 

2) Ekstra

Pelanggan tak kisah untuk bayar ekstra jika mereka tahu akan dapat sesuatu yang ekstra juga.

Anda mungkin tak perlu menambah kos pun untuk beri sesuatu yang ekstra ni.

Contoh:

Jika cik dapatkan krim ini daripada kami, kami akan emelkan tip kecantikan secara percuma selama sebulan.

 

3) Saiz

Katakan anda buat coklat saiz 10 cm. Harganya RM2.

Anda boleh naikkan harga tanpa mengubah harga. Macam mana tu?

Anda ubah saiz. Jadikan ke 8-9 cm saja.

Kebanyakan pelanggan tak perasan pun perubahan ni.

Yang tahu pun, tak kisah. Sebab bukan banyak pun perubahan yang dibuat.

Sebahagian pelanggan memang sanggup dapat kurang daripada bayar lebih.

Pastikan pelanggan tahu perubahan ni.

Anda nak naikkan harga jualan tanpa pelanggan lari?