Strategi Perang Harga

perang harga

Anda pernah tak dengar nasihat begini?

Kita letak je harga barang murah-murah.. Mesti ramai pelanggan beli kat kita punya!

 

Adakah ini cara yang betul meletakkan harga? Apa yang akan terjadi setelah anda meletakkan harga yang murah terhadap produk atau servis yang dijual?

 

Perang harga antara peniaga akan terjadi. Bila peniaga A letak harga RM100, peniaga B letak RM80.

 

Peniaga A lawan balik dengan harga RM60. Peniaga B yang pantang dicabar turun lagi harga jadi RM40.

 

Akhirnya kedua-dua peniaga ini bungkus!

 

Dengan menggunakan strategi perang harga, keuntungan akan berkurangan. Akibatnya anda tidak mempunyai bajet yang boleh digunakan untuk pengembangan bisnes. Sebagai contoh bajet pemasaran perlu ada supaya lebih ramai tahu yang anda ada menjual produk dan servis tersebut.

 

Daripada memakan diri menggunakan strategi perang harga, adalah lebih baik anda memberi tambah nilai terhadap produk dan servis yang dijual. Ini lebih menjamin kelestarian bisnes yang dijalankan!

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.