Badminton Malaysia @ India Open

Hafiz Hashim kalah di final dengan Taufik Hidayat.. Agak sedih.. Tapi takpe.. Sekurang-kurangnya ada peningkatan dalam prestasi dia yang selama ini lebih suka untuk sampai ke tahap saringan sahaja.. Semoga dia menjadi lebih maju selepas ini..

Berita gembira.. Beregu veteran badminton kita iaitu Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah menang perlwanan akhir dengan gayanya.. Cuma tidak sampai 20 minit yang diperlukan untuk mengalahkan beregu Singapura.. Ini patut dijadikan contoh kepada beregu muda yang semakin ketandusan kemenangan..

Semenjak, 2 menjak, 3 menjak ni saya juga rajin bermain badminton.. Seminggu sekali di dewan MBSA.. Terima kasih diucapkan kepada Encik Luban yang merupakan rakan lama UiTM kerana sering menjadi organizer.. Saya seronok dapat bermain badminton bersama rakan-rakan.. Ketegangan bekerja seminggu dapat dilepaskan dalam sehari.. Walaupun selalu kalah tapi saya tetap gembira.. Hehe..

Kadang-kadang saya berjoging juga di taman berdekatan kawasan rumah.. Saya perhatikan 9 daripada 10 penjoging di situ adalah bukan Melayu.. Hmm? Kenapa? Adakah Melayu malas bersenam? Atau lebih berminat bersenam di atas katil?

Kajian juga menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.. Ya saya bukan doktor.. Tapi saya rajin membaca hasil kajian doktor.. Jagalah body yang dianugerahkan Tuhan ni sebaiknya.. Itu pon amal ibadah..

Renung-renungkan dan selamat bersenam
  • Share/Bookmark

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply