UMARvellous

We are marvellous!

Borak Bisnes Santai

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan sesi Borak Bisnes Santai pada 23 Mac yang lepas.. Tabik spring saya berikan kepada semua peserta yang hadir..

 

Tahniah kepada Synstyle Creative Ventures sebagai pihak penganjur dan terima kasih kerana menjemput saya sebagai speaker utama pada malam itu.. Walaupun kita hanya memaklumkan sesi ini di Facebook dan mensasarkan peserta sebanyak 10 orang saja, pendaftaran yang diterima adalah lebih daripada itu..

 

Kasihan juga pada peserta yang sudah bayar dan berdaftar tapi tidak dapat datang di saat akhir.. Tak mengapalah.. Mungkin rezeki kita bersua adalah di hari yang lain.. =)

 

Bagi yang meminta agar sesi ini diadakan lagi pada masa akan datang, saya akan panjangkan permintaan tersebut kepada pihak penganjur.. InsyaAllah saya yakin pihak penganjur tidak keberatan untuk mengadakannya lagi..

 

Saya seronok dapat kongsikan ilmu bagaimana untuk buat duit dengan Mudah.my tanpa menjual produk sendiri bersama peserta sekalian!

 

Oh ya, jom kita tengok sedikit gambar semasa sesi Borak Bisnes Santai diadakan di Facebook saya.. Enjoy!

Share

Anda wajib menjual di Mudah.my kerana trafik!

Mudah.my ialah platform jual beli atas talian paling besar dan popular di Malaysia.. Saya yakin anda sendiri pasti pernah ke laman web Mudah.my.. Dulu, hampir setiap keyword yang di Google pasti akan keluar Google ads Mudah.my..

 

Perkhidmatan Mudah.my membolehkan sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual di negeri masing-masing dengan senang.. Mudah.my menghubungkan pembeli dan penjual di Malaysia.. Dengan lebih daripada 5.2 juta pelawat unik sebulan, Mudah.my adalah salah satu laman web yang paling kerap dilawati di Malaysia..

 


 

Cuba lihat screen shot dari Alexa.com di atas.. Mudah.my menduduki tempat ke 10 laman web yang kerap dilawati di Malaysia.. Berada di belakang Twitter dan di hadapan Maybank2u.. Apa yang menarik Top 10 laman web di atas hanya Mudah.my yang Made in Malaysia..

 

Kalau kita nak buka gerai goreng pisang, pasti kita akan cari jalan yang banyak kenderaan lalu.. Kalau kita nak buka kedai pakaian, mesti kita cari pusat beli-belah yang ramai pengunjung.. Begitu juga kalau kita nak menjual apa saja di online.. Carilah tempat yang sudah banyak orang atau trafik ke sana.. Dan Mudah.my lah lubuk trafik terbaik untuk anda!

Share

Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri!

Pada 23 Mac 2012 nanti, pihak SYNSTYLE Creative Ventures akan mengadakan sesi Borak Bisnes Santai di Bandar Sunway.. Ilmu yang akan disampaikan pada malam tersebut ialah bagaimana untuk Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri..

 

Saya diundang menjadi penyampai utama pada malam itu.. Oleh itu saya menjemput anda semua untuk sama-sama turut serta dan mendapatkan ilmu tersebut..

 

Antara kelebihan Buat Duit Dengan Mudah.my

1. Tak perlu bina website.

2. Tak perlu beli nama domain.

3. Tak perlu sediakan hosting.

4. Tak perlukan modal.

5. Tak perlu software yang canggih.

6. Tak perlu buang masa lama.

7. Tak perlu pengetahuan IT tinggi.

8. Tak perlu promosi di Facebook.

9. Tak perlu susah-susah mencari pelanggan.

10. Cukup la sampai sini ye.. Tak larat nak tulis semua..

 

Sekarang pasti ada yang berasa pelik dan tertanya-tanya..

“Camne plak boleh menjual kat Mudah.my kalau takde barang sendiri untuk jual?”
“Eh biar betul, kena beli barang dulu la baru boleh jual!”
“Ish takkanlah senang sangat buat duit kat Mudah.my camtu..”
“Apa rahsia kecantikan awak?” (tiada kaitan.. =P)

 

Pada malam itu saya akan dedahkan segala-galanya kepada anda semua.. Kita akan melalui sesi perkongsian ilmu yang santai supaya anda semua dapat mencerna dengan mudah segala ilmu yang saya curahkan.. Jumlah kehadiran yang dibenarkan tidak melebihi 15 orang.. Jadi anda akan mendapat perhatian khusus dan tak perlu malu untuk tanya apa-apa soalan..

 

Jadi siapa sebenarnya yang sesuai untuk hadir?

  • Anda yang ingin menjana pendapatan sampingan lumayan di internet
  • Anda yang nak menjual tetapi tiada tempat nak dapatkan sumber barangan
  • Anda yang nak mulakan perniagaan dengan modal kecil atau tanpa modal langsung
  • Anda yang mahu menjual produk yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran
  • Anda yang dah ada kedai Online dan nak tambah sumber barangan
  • Anda yang nak mulakan perniagaan produk fizikal tanpa perlu simpan STOK
  • Anda yang nak ubah nasib & kewangan diri sendiri daripada hasil perniagaan internet

Apa yang lebih menarik Tuan Azharee daripada SYNSTYLE Creative Ventures sendiri akan memberikan BONUS istimewa kepada anda iaitu ilmu ‘Kuasa lipat gandakan jumlah leads bisnes anda dengan fan page Facebook’!

 

Antara yang beliau bakal kongsikan ialah..

  • Cara ringkas membuka Fan Page di Facebook dengan Timeline Terbaru
  • Teknik Terkini untuk mempromosi Fan Page anda dengan Timeline Terbaru
  • Teknik mudah design banner Fan Page dengan beberapa klik sahaja!
  • Cara mempromosi Fan Page anda hanya melalui Facebook sendiri
  • 8 Cara TERBAIK untuk engage dengan Fan anda (menaikkan ranking anda dalam Google!)
  • Rahsia bagaimana menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap Fan Page yang anda buat!
  • Cara untuk integrate di antara Fan Page anda dan Twitter
  • Teknik mudah mendapatkan domain segera di Fan page seperti facebook.com/namasyarikatanda

 

Ayuh turut serta bersama saya dalam sesi Borak Bisnes Santai! Daftarkan tempat anda sekarang! Hubungi saya di Facebook untuk pendaftaran..

 

Program: Borak Bisnes SantaiBuat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri!

Tempat: 9-1, Jalan PJS 11/28b, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Sel.

Tarikh: Jumaat, 23 Mac 2012

Masa: 8.45 malam – 11.00 malam

Share

Kenapa saya berniaga?

Saya ada bermacam-macam jawapan kepada soalan tersebut.. Tapi jika saya memberikan jawapan yang ‘macam-macam ada’ tu, maka post kali ni akan menjadi lebih panjang daripada novel Jutawan Gedik!

Saya ada satu sebab yang paling awal kenapa saya memilih untuk berniaga.. Kejadian ini berlaku semasa saya bersekolah rendah.. Tak silap saya masa tu saya darjah enam.. Jom kita flashback.. Woooshh.. (bunyi efek flashback)

Hari itu saya balik rumah jalan kaki.. Tak ingat kenapa tapi mungkin sebab tertinggal bas sekolah.. Dalam perjalan pulang tu saya nampak seorang pakcik berjalan depan saya dengan gitar.. Oh saya kenal pakcik itu.. Dia mencari rezeki dengan bermain gitar depan KFC seksyen 14 Petaling Jaya.. Dia buta..

Continue reading

Share

Bisnes online tanpa modal?

bisnes online tanpa modalBisnes online tanpa modal.. Betul ke? Macam tak percaya je.. Memang patut pon tak percaya.. Kita buat bisnes mana boleh tiada modal.. Kalau tak modal duit tu keluar dari mesin ATM, pasti diperlukan juga modal dari otak iaitu idea..

Jadi bagaimana sesetengah orang boleh kata bisnes online ni tak perlukan modal? Bagi saya mungkin tidak memerlukan modal yang besar.. Contohnya jika kita nak buat laman web produk, kos-kos yang terlibat ialah:

1. Domain Name (Cth: umarvellous.com)
2. Hosting (tapak tanah maya – nak buat rumah mesti ada tanah)
3. Web Designer atau Developer (jika diperlukan)

Ini tidak termasuklah kos-kos tak langsung seperti talian internet dan sebagainya.. Pung pang pung pang mungkin makan dalam RM500 saja.. Jadi sebenarnya bisnes online ni bukanlah tanpa modal tapi modal minima yang amat!

Jika anda mempunyai produk atau servis yang boleh ditawarkan, cuba iklankan di Mudah.my.. Pengalaman saya menjual kamera digital di situ amat menggalakan.. Stok kamera pon dah habis.. Tempahan paling banyak yang pernah saya dapat ialah 15 buah kamera dari seorang pembeli wanita Melayu.. Rasanya mungkin dia nak jual balik kamera digital tu.. Takkan lah dia nak pakai semua 15 kamera tu kan? Tamaknya.. =P

Proses pendaftaran di Mudah.my amatlah mudah.. (berapa kali mudah daa..) Klik klik klik dah siap pendaftaran.. Kemudian boleh lah anda iklan produk dan servis anda dengan senang hati.. Kos pengiklanan di situ percuma saja.. Best kan? Dah la ramai visitors.. Mengikut senaraian Alexa, Mudah.my menduduki tangga laman web ke 12 di Malaysia.. Ini hanya satu contoh mudah yang boleh saya beri.. Nanti saya akan berikan banyak lagi ye..

Jadi kesimpulannya di sini bisnes online memang memerlukan modal.. Cuma modal tersebut boleh diminimakan sebanyak mungkin jika kita bijak membuat pilihan dan merancang..

Related Posts with Thumbnails
Share