UMARvellous

We are marvellous!

Kuasa Leverage: Rahsia Orang Kaya


Ini tiada kaitan dengan cerita Leverage kat tv tu.. Leverage yang saya nak ceritakan ni bemaksud kekuatan atau daya ungkit.. Kuasa Leverage yang digunakan sekian lama oleh orang-orang kaya..

 

Bagaimana anda boleh menggunakan segala sumber yang ada di sekeliling untuk mempercepatkan usaha sesuatu kerja? Sebagai contoh, anda nak buat laman web menjual kasut buatan sendiri secara atas talian.. Masalahnya anda hanya pandai buat kasut tapi tak pandai buat laman web.. Haa camne tu? Senang je.. Cuba minta bantuan rakan anda yang memang mahir membuat laman web.. Anda boleh tawarkan beliau sedikit upah atau mungkin berikan komisyen atas setiap kasut yang berjaya dijual.. Jika beliau setuju, projek menjual kasut secara atas talian anda dapatlah dipercepatkan.. Kalau anda yang kena buat sendiri, hujung tahun ni pon belum tentu lawab web tu boleh siap.. =P

 

Contoh lain, anda minat memasak dan ingin membuka restoran sendiri.. Anda mungkin pandai masak nasi goreng paprik, ikan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, telur bungkus dan yang sewaktu dengannya.. (lapar lah pulak..) Tapi soal pengurusan restoran melibatkan banyak perkara lain seperti pencarian tenaga kerja, perancangan kewangan, pemasaran dan lain-lain.. Bagi mencapai impian anda untuk membuka restoran dalam masa singkat, adalah lebih baik anda mencari seorang rakan niaga yang mempunyai kebolehan yang saya nyatakan di tadi..

 

Adalah sukar untuk anda menguruskan pelbagai hal dalam satu masa.. Lebih baik tugas yang anda tidak punya kemahiran itu diserahkan kepada yang lebih arif.. Dengan mengamalkan Kuasa Leverage, anda sebenarnya sedang memanfaatkan:

1. Masa
2. Tenaga
3. Kemahiran
 
Bukannya masa, tenaga dan kemahiran anda sendiri, tapi orang lain.. Cuba terapkan Kuasa Leverage ini dalam hidup anda secara berperingkat hari ini.. Semoga anda juga menjadi sebahagian orang-orang kaya di Malaysia!

Share

Kenapa saya berniaga?

Saya ada bermacam-macam jawapan kepada soalan tersebut.. Tapi jika saya memberikan jawapan yang ‘macam-macam ada’ tu, maka post kali ni akan menjadi lebih panjang daripada novel Jutawan Gedik!

Saya ada satu sebab yang paling awal kenapa saya memilih untuk berniaga.. Kejadian ini berlaku semasa saya bersekolah rendah.. Tak silap saya masa tu saya darjah enam.. Jom kita flashback.. Woooshh.. (bunyi efek flashback)

Hari itu saya balik rumah jalan kaki.. Tak ingat kenapa tapi mungkin sebab tertinggal bas sekolah.. Dalam perjalan pulang tu saya nampak seorang pakcik berjalan depan saya dengan gitar.. Oh saya kenal pakcik itu.. Dia mencari rezeki dengan bermain gitar depan KFC seksyen 14 Petaling Jaya.. Dia buta..

Continue reading

Share

Bisnes online tanpa modal?

bisnes online tanpa modalBisnes online tanpa modal.. Betul ke? Macam tak percaya je.. Memang patut pon tak percaya.. Kita buat bisnes mana boleh tiada modal.. Kalau tak modal duit tu keluar dari mesin ATM, pasti diperlukan juga modal dari otak iaitu idea..

Jadi bagaimana sesetengah orang boleh kata bisnes online ni tak perlukan modal? Bagi saya mungkin tidak memerlukan modal yang besar.. Contohnya jika kita nak buat laman web produk, kos-kos yang terlibat ialah:

1. Domain Name (Cth: umarvellous.com)
2. Hosting (tapak tanah maya – nak buat rumah mesti ada tanah)
3. Web Designer atau Developer (jika diperlukan)

Ini tidak termasuklah kos-kos tak langsung seperti talian internet dan sebagainya.. Pung pang pung pang mungkin makan dalam RM500 saja.. Jadi sebenarnya bisnes online ni bukanlah tanpa modal tapi modal minima yang amat!

Jika anda mempunyai produk atau servis yang boleh ditawarkan, cuba iklankan di Mudah.my.. Pengalaman saya menjual kamera digital di situ amat menggalakan.. Stok kamera pon dah habis.. Tempahan paling banyak yang pernah saya dapat ialah 15 buah kamera dari seorang pembeli wanita Melayu.. Rasanya mungkin dia nak jual balik kamera digital tu.. Takkan lah dia nak pakai semua 15 kamera tu kan? Tamaknya.. =P

Proses pendaftaran di Mudah.my amatlah mudah.. (berapa kali mudah daa..) Klik klik klik dah siap pendaftaran.. Kemudian boleh lah anda iklan produk dan servis anda dengan senang hati.. Kos pengiklanan di situ percuma saja.. Best kan? Dah la ramai visitors.. Mengikut senaraian Alexa, Mudah.my menduduki tangga laman web ke 12 di Malaysia.. Ini hanya satu contoh mudah yang boleh saya beri.. Nanti saya akan berikan banyak lagi ye..

Jadi kesimpulannya di sini bisnes online memang memerlukan modal.. Cuma modal tersebut boleh diminimakan sebanyak mungkin jika kita bijak membuat pilihan dan merancang..

Share

Bisnes dari rumah

bisnes dari rumahKebanyakan bisnes bermula dari rumah.. Dan dari rumah ia akan berkembang ke pejabat.. Dan dari pejabat sehingga mempunyai kilang sendiri.. Bergantung kepada bisnes apa yang kita usahakan..

Apabila kita bermula dari rumah, banyak kos-kos yang dapat kita jimatkan seperti:

1. Sewa pejabat
2. Minyak kenderaan
3. Tiket parking
4. Bil-bil pejabat (cth: elektrik & air)

dan sebagainya.. Adalah lebih baik bisnes yang baru bermula dimulakan dari rumah kerana ia akan mengurangkan risiko yang kita tanggungi..

Saya sendiri bermula menjalankan bisnes dari bilik bujang yang bersepah.. haha.. Cukup dengan berbekalkan sebuah komputer riba, talian internet dan telefon, bisnes saya berjalan perlahan-lahan.. Biar perlahan daripada mati terus ye..

Pada ketika itu, lubuk rezeki saya berada di laman lelong.com.my.. Saya menjual produk digital seperti Al-Quran digital, MP3, MP4, kamera digital dan sebagainya.. InsyaAllah saya akan kongsikan bagaimana saya menjalankan bisnes saya di laman lelong.com.my pada tulisan saya kelak..

Ingat, walaupun bisnes kita hanya dijalankan dari rumah, janganlah kita berkerja sambil lewa atau merasa rendah diri.. Kita harus mempunyai disiplin yang tinggi dan berkerja seperti berada di pejabat.. Mentang-mentang lah berkerja di bilik, setiap sejam rehat baring atas katil.. Oh sifat begitu hanya akan memakan diri sendiri.. Apabila ada yang memandang sebelah mata dengan usaha kita berkerja dari rumah, buat bodoh saja.. Asal jangan jadi bodoh.. Sekurang-kurangnya kita ada memulakan sesuatu untuk menjadikan hidup kita lebih baik.. Bagaimana sesuatu itu berakhir lebih penting daripada bagaimana ianya bermula..

Related Posts with Thumbnails
Share