UMARvellous

We are marvellous!

Kursus Bisnes Borong China dan Vietnam

Dari kiri: Tuan Nizar, saya, Tuan Shuaib dan Tuan Khairul

 

Sudah lama ingin menulis tentang ini, tapi kekangan masa menyebabkan ia tergendala..

 

Pada 14 April lalu saya telah dijemput untuk berkongsikan pengalaman memborong di China oleh Tuan Muhammad Khairul Rosli di Kursus Borong Kombo.. Kursus ini telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa.. Ia dianjurkan oleh G Minds Group Sdn Bhd yang giat membawa individu yang berminat untuk mendapatkan barang jualan daripada China dan Vietnam..

 

G Minds Group Sdn Bhd ditunjangi oleh 2 insan terhebat iaitu Tuan Muhammad Shuaib Jamaludin dan Tuan Muhammad Nizar Jamaludin.. Mereka merupakan adik-beradik yang bergabung dan meletop.. hoho

 

Pada Kursus Borong Kombo tersebut lebih kurang 30 peserta yang hadir dari seluruh Malaysia.. Kagum saya dengan peserta yang datang dari jauh untuk mendapatkan ilmu memborong di China.. Saya doakan supaya usaha mereka menimba ilmu akan mendapat balasan daripada-Nya.. Anda boleh ke Facebook saya untuk melihat gambar kursus tersebut..

 

Saya seronok dapat berkongsikan ilmu dan pengalaman saya yang tak seberapa.. Paling banyak ditanya adalah bagaimana saya menjual produk secara runcit dan borong melalui online.. Dengan kesempatan yang ada saya kongsikan apa yang patut.. Namun terlalu banyak soalan yang tidak sempat saya jawab.. insyaAllah, akan ada inisiatif bagi menjawab semua persoalan itu.. Nantikannya! ;)

 

Oh ya.. Jika anda ingin belajar serba-sedikit tentang memborong di China dan Vietnam, jemputlah untuk hadir ke seminar percuma Bisnes Borong China dan Vietnam sempena Pesta Buku Antarabangsa.. Ia akan berlangsung pada 1 Mei 2012, pukul 11.45 pagi – 12.45 tengahhari di Bilik Seminar Johor Kedah, PWTC..

 

Di sana nanti anda boleh dapatkan buku Panduan Memborong di China dan Panduan Memborong di Vietnam dengan harga istimewa.. Rasa saya lah.. hee..

 

insyaAllah saya juga akan hadir untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan.. Jumpa anda di sana ya!

Share

Misi ke China lagi..


1. Pada 16-21 Februari ini saya akan ke China lagi. (tolong jangan kata nak kirim barang)

 

2. Misinya cuma satu, untuk memborong stok baru bagi perniagaan yang baru diceburi iaitu pakaian lelaki.

 

3. Pada kunjungan ke China yang lepas saya cuma mengambil beberapa ratus baju lelaki untuk ‘test market’. Jualan telah dilakukan secara online dan di flea market.

 

4. Alhamdulillah responnya agak baik walaupun orang kata menjual pakaian perempuan lebih masyuk. Saya belum ‘berani’ untuk menjual pakaian wanita.

 

5. Daripada beberapa model yang telah dibeli dulu akan dibeli lagi mana-mana model yang mendapat sambutan paling hangat.

 

6. Model yang sambutannya suam-suam kuku, tidak akan diulang beli. Model yang tak laku pula akan disedekahkan saja. Duit tak dapat, pahala pon OK!

 

7. Model baru akan dibeli atas permintaan dan pandangan pelanggan sedia ada. Baju kemeja lengan pendek, permintaan baru yang tinggi.

 

6. Sebuah laman web, UMTboutique.com juga telah dibangunkan untuk mengembangkan lagi perniagaan pakaian ini.

 

7. Di laman web tersebut anda boleh berdaftar sebagai agen Affiliate atau rakan niaga Dropship untuk turut serta mencari rezeki. Pendaftaran sebagai pemborong juga akan dibuka tidak lama lagi. Maklumat lanjut sila layari UMTboutique.com

 

8. InsyaAllah jika segalanya berjalan dengan lancar, UMTboutique.com akan menjual pakaian wanita, kanak-kanak dan bayi pada masa akan datang.

 

9. Perjalanan ke China kali ini akan turut disertai rakan niaga baru dan lama. Semoga usaha bisnes kami ini akan dipermudahkan oleh-Nya.

 

p/s: hi moi.. =P

Share