UMARvellous

We are marvellous!

Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri!

Pada 23 Mac 2012 nanti, pihak SYNSTYLE Creative Ventures akan mengadakan sesi Borak Bisnes Santai di Bandar Sunway.. Ilmu yang akan disampaikan pada malam tersebut ialah bagaimana untuk Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri..

 

Saya diundang menjadi penyampai utama pada malam itu.. Oleh itu saya menjemput anda semua untuk sama-sama turut serta dan mendapatkan ilmu tersebut..

 

Antara kelebihan Buat Duit Dengan Mudah.my

1. Tak perlu bina website.

2. Tak perlu beli nama domain.

3. Tak perlu sediakan hosting.

4. Tak perlukan modal.

5. Tak perlu software yang canggih.

6. Tak perlu buang masa lama.

7. Tak perlu pengetahuan IT tinggi.

8. Tak perlu promosi di Facebook.

9. Tak perlu susah-susah mencari pelanggan.

10. Cukup la sampai sini ye.. Tak larat nak tulis semua..

 

Sekarang pasti ada yang berasa pelik dan tertanya-tanya..

“Camne plak boleh menjual kat Mudah.my kalau takde barang sendiri untuk jual?”
“Eh biar betul, kena beli barang dulu la baru boleh jual!”
“Ish takkanlah senang sangat buat duit kat Mudah.my camtu..”
“Apa rahsia kecantikan awak?” (tiada kaitan.. =P)

 

Pada malam itu saya akan dedahkan segala-galanya kepada anda semua.. Kita akan melalui sesi perkongsian ilmu yang santai supaya anda semua dapat mencerna dengan mudah segala ilmu yang saya curahkan.. Jumlah kehadiran yang dibenarkan tidak melebihi 15 orang.. Jadi anda akan mendapat perhatian khusus dan tak perlu malu untuk tanya apa-apa soalan..

 

Jadi siapa sebenarnya yang sesuai untuk hadir?

  • Anda yang ingin menjana pendapatan sampingan lumayan di internet
  • Anda yang nak menjual tetapi tiada tempat nak dapatkan sumber barangan
  • Anda yang nak mulakan perniagaan dengan modal kecil atau tanpa modal langsung
  • Anda yang mahu menjual produk yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran
  • Anda yang dah ada kedai Online dan nak tambah sumber barangan
  • Anda yang nak mulakan perniagaan produk fizikal tanpa perlu simpan STOK
  • Anda yang nak ubah nasib & kewangan diri sendiri daripada hasil perniagaan internet

Apa yang lebih menarik Tuan Azharee daripada SYNSTYLE Creative Ventures sendiri akan memberikan BONUS istimewa kepada anda iaitu ilmu ‘Kuasa lipat gandakan jumlah leads bisnes anda dengan fan page Facebook’!

 

Antara yang beliau bakal kongsikan ialah..

  • Cara ringkas membuka Fan Page di Facebook dengan Timeline Terbaru
  • Teknik Terkini untuk mempromosi Fan Page anda dengan Timeline Terbaru
  • Teknik mudah design banner Fan Page dengan beberapa klik sahaja!
  • Cara mempromosi Fan Page anda hanya melalui Facebook sendiri
  • 8 Cara TERBAIK untuk engage dengan Fan anda (menaikkan ranking anda dalam Google!)
  • Rahsia bagaimana menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap Fan Page yang anda buat!
  • Cara untuk integrate di antara Fan Page anda dan Twitter
  • Teknik mudah mendapatkan domain segera di Fan page seperti facebook.com/namasyarikatanda

 

Ayuh turut serta bersama saya dalam sesi Borak Bisnes Santai! Daftarkan tempat anda sekarang! Hubungi saya di Facebook untuk pendaftaran..

 

Program: Borak Bisnes SantaiBuat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri!

Tempat: 9-1, Jalan PJS 11/28b, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Sel.

Tarikh: Jumaat, 23 Mac 2012

Masa: 8.45 malam – 11.00 malam

Share

Cara buat duit menjual produk informasi dengan CD dan DVD


Hari ni saya nak kongsikan cara buat duit menjual produk informasi dengan CD dan DVD..

1. Produk

Rasanya ramai yang sudah tahu apa itu produk informasi.. Secara mudah produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.. Anda boleh menghasilkan produk informasi ini dengan mudah dari rumah.. Sebagai contoh jika anda seorang pereka grafik, anda boleh menghasilkan video Teknik Editing Photoshop.. Video tersebut boleh diduplikasi ke dalam CD atau DVD untuk dijual..

Jika anda tiada masa untuk menghasilkan produk informasi itu, anda boleh dapatkan daripada orang lain.. Sebagai contoh anda boleh dapatkan produk informasi yang mempunyai hak jualan semula.. Saudara SmartZul ada menjual produk video Kuasa FTP yang mempunyai hak jualan.. Anda boleh duplikasikan video tersebut ke dalam CD untuk dijual semula..
Continue reading

Share

Duit adalah Ilmu

duit ilmuDuit adalah ilmu.. Itu undang-undang baru duit nombor 1 dalam buku Conspiracy Of The Rich tulisan Robert T. Kiyosaki yang telah saya baca..

Yang menjadikan harta kita bertambah bukanlah sebab duit yang kita ada.. Bukan perkara utama yang menyebabkan ia berlaku.. Sebab utama yang menyebabkan harta kita bertambah adalah ilmu yang kita miliki..

Duit RM10,000 yang kita simpan tidak boleh bertambah dengan sendiri jika kita tidak menggunakan ilmu yang betul dalam menggandakannya.. Dengan ilmu yang betul, duit tersebut boleh digandakan menjadi RM100,000 malah ke RM1 juta sekalipun boleh.. Bergantung kepada ilmu yang kita miliki.. Jika kita tidak mempunyai ilmu atau menerapkan ilmu yang salah, duit RM10,000 tersebut boleh jadi RM1 dalam sekelip mata..

Itu kalau kita lihat daripada perspektif kewangan.. Ilmu lebih luas lagi.. Mahu bahagia? Ilmu boleh bantu.. Mahu disayangi? Ilmu boleh tolong.. Mahu penghormatan? Ilmu boleh bagi.. Apa sahaja yang kita hajati boleh dicapai dengan ilmu yang betul.. Dunia mahupun akhirat..

Bagi usahawan, jika dia dibekalkan dengan ilmu yang mantap dan pengalaman yang luas, empayar bisnes yang musnah hari ini dapat dibangunkan kembali esok lusa.. Tiada masalah.. Kerana ilmu penuh di dada, pengalaman keliling pinggang..

Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.. Kerana ilmu itu berubah mengikut peredaran masa.. Imu yang telah kita pelajari hari ini, mungkin akan expired minggu depan..

Related Posts with Thumbnails
Share