Pertama, memikirkan saman terbaru yang saya terima daripada abang polis trafik petang tadi.
Kedua, saya minum kopi Power Root Tongkat Ali yang telah disalah beli oleh office mate.
Ketiga, tahap lalak disko bawah ni memecahkan gegendang telinga saya!
Setahu saya disko di Selangor ni patut tutup pukul 1 pagi.. Itu peraturan yang telah ada sejak zaman BN memertintah.. Ke sejak tukar pemerintahan di Selangor ni waktu operasi disko dah dilanjutkan?
Dulu pernah mantan Menteri Pelancongan iaitu Datuk Seri Adnan Mansor mencadangkan agar waktu operasi pusat hiburan dilanjutkan ke 5 pagi untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara.. Idea yang ‘bijak’.. Its better for them just to stay at their own country to have that kind of enjoyment la datuk.. Kat sana lagi happening.. What for they travel so far to experience something that they can easily get at their own place?
Jadi saranan datuk ni dah disahut ke sekarang ni? Bebulu betul.. Sampai sanggup saya bukak laptop ni dalam gelap gulita kat ofis ni semata-mata nak meluahkan bengkek di dada ni.. Sekarang ni tengah berkumandang lagu Bob Marley.. Minggu lepas lagu Alleycats pon keluar.. Sumpah tak tipu..
