Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan sesi Borak Bisnes Santai pada 23 Mac yang lepas.. Tabik spring saya berikan kepada semua peserta yang hadir..
Tahniah kepada Synstyle Creative Ventures sebagai pihak penganjur dan terima kasih kerana menjemput saya sebagai speaker utama pada malam itu.. Walaupun kita hanya memaklumkan sesi ini di Facebook dan mensasarkan peserta sebanyak 10 orang saja, pendaftaran yang diterima adalah lebih daripada itu..
Kasihan juga pada peserta yang sudah bayar dan berdaftar tapi tidak dapat datang di saat akhir.. Tak mengapalah.. Mungkin rezeki kita bersua adalah di hari yang lain.. =)
Bagi yang meminta agar sesi ini diadakan lagi pada masa akan datang, saya akan panjangkan permintaan tersebut kepada pihak penganjur.. InsyaAllah saya yakin pihak penganjur tidak keberatan untuk mengadakannya lagi..
Saya seronok dapat kongsikan ilmu bagaimana untuk buat duit dengan Mudah.my tanpa menjual produk sendiri bersama peserta sekalian!
Oh ya, jom kita tengok sedikit gambar semasa sesi Borak Bisnes Santai diadakan di Facebook saya.. Enjoy!


Bisnes online tanpa modal.. Betul ke? Macam tak percaya je.. Memang patut pon tak percaya.. Kita buat bisnes mana boleh tiada modal.. Kalau tak modal duit tu keluar dari mesin ATM, pasti diperlukan juga modal dari otak iaitu idea..
Kebanyakan bisnes bermula dari rumah.. Dan dari rumah ia akan berkembang ke pejabat.. Dan dari pejabat sehingga mempunyai kilang sendiri.. Bergantung kepada bisnes apa yang kita usahakan..