
Hari ni saya nak kongsikan cara buat duit menjual produk informasi dengan CD dan DVD..
1. Produk
Rasanya ramai yang sudah tahu apa itu produk informasi.. Secara mudah produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.. Anda boleh menghasilkan produk informasi ini dengan mudah dari rumah.. Sebagai contoh jika anda seorang pereka grafik, anda boleh menghasilkan video Teknik Editing Photoshop.. Video tersebut boleh diduplikasi ke dalam CD atau DVD untuk dijual..
Jika anda tiada masa untuk menghasilkan produk informasi itu, anda boleh dapatkan daripada orang lain.. Sebagai contoh anda boleh dapatkan produk informasi yang mempunyai hak jualan semula.. Saudara SmartZul ada menjual produk video Kuasa FTP yang mempunyai hak jualan.. Anda boleh duplikasikan video tersebut ke dalam CD untuk dijual semula..
Continue reading
Bisnes online tanpa modal.. Betul ke? Macam tak percaya je.. Memang patut pon tak percaya.. Kita buat bisnes mana boleh tiada modal.. Kalau tak modal duit tu keluar dari mesin ATM, pasti diperlukan juga modal dari otak iaitu idea..
Kebanyakan bisnes bermula dari rumah.. Dan dari rumah ia akan berkembang ke pejabat.. Dan dari pejabat sehingga mempunyai kilang sendiri.. Bergantung kepada bisnes apa yang kita usahakan..