UMARvellous

Usahawan Super

UMARvellous - Usahawan Super

Pos Laju Malaysia kini ada prabayar

Tahukah anda yang Pos Laju Malaysia kini menawarkan servis prabayar?

 

Jika dulu, kita perlu bungkus barang dan kemudian bawa ke Pejabat Pos untuk ditimbang kemudian bayar kos penghantaran.. Kini, anda boleh beli dulu bungkusan Pos Laju prabayar dan kemudian terus hantar ke Pejabat Pos untuk penghantaran..

 

Dengan konsep bayar, bungkus dan hantar, saya yakin servis terbaru daripada Pos Malaysia ini akan memudahkan ramai peniaga produk fizikal secara Online..

 

Pos Laju prabayar didatangkan dalam 2 jenis bungkusan iaitu sampul dan kotak.. Lihat gambar berserta saiz, berat dan harga di bawah..

 Sampul Prabayar S
280mm x 200mm
500g
RM6

 Sampul Prabayar L
380mm x 320mm
1kg
RM9

 Kotak Prabayar S
340mm x 250mm x 80mm
2kg
RM13

 Kotak Prabayar M
340mm x 250mm x 150mm
5kg
RM20

 Kotak Prabayar L
380mm x 320mm x 200mm
10kg
RM30

Diingatkan bahawa servis ini hanyalah untuk Semenanjung Malaysia sahaja.. Servis ini juga mempunyai insuran sehingga RM300 jika berlaku kehilangan atau kerosakan..

 

Syabas kepada Pos Malaysia kerana menyediakan servis Pos Laju prabayar terbaru ini.. Harap semua peniaga produk fizikal secara online dapat memanfaatkannya.. Dan yang baru nak mencuba berniaga secara online, servis ini akan memudahkan percubaan pertama anda.. =)

Related Posts with Thumbnails