
Novel-novel Islami seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya mendapat sambutan yang amat luar biasa.. Filem juga dihasilkan beradaptasi daripada novel tersebut.. Novel-novel yang berasal dari Indonesia ini telah juga mempengaruhi novelis tempatan dalam menghasilkan produk mereka seperti Warkah Cinta Berbau Syurga dan Mengintai Cinta Khalifah.. Novel laku..
Sekarang drama.. Minggu depan akan tiba episod terakhir drama Nur Kasih.. Kita sedia maklum drama Nur Kasih yang disiarkan setiap hari Jumaat pukul 9 malam menjadi fenomena di negara kita dan juga negara seberang tambak (Singapura la tu).. Celcom siap iklan jual ringtone lagu Nur Kasih sekarang (untung Yassin).. Tapi apa yang best sangat tentang drama tu?
Nur Amina ke yang best? Ke Siti Sara? Yang confirm best Aliah (ahaks).. Pelbagai spesis masyarakat meminati drama tersebut.. Seperti mana bohsia dan bohjan yang turut menjadikan lagu Puji-pujian oleh kumpulan Raihan sebagai siulan semasa lagu tersebut meletup dulu..
Pendapat saya nilai indah agama (Islam) yang terkandung dalam drama tersebut yang menjadi daya tarikan utama.. Ianya dipersembahkan dengan cantik (Khabir Bhatia kot) dilengkapi pula dengan skrip dan jalan cerita menarik lagi menyayat hati.. Topik cinta seperti biasa akan dijadikan umpan terbaik bagi menarik umum menonton wayang atau drama..
Dalam drama ini, pasangan yang baik itu ialah pasangan yang soleh dan solehah.. Yang tau solat, tau berdoa, tau mengaji (senang cari).. Bukan sekadar tau, malah rajin solat, rajin berdoa, rajin mengaji (susah cari).. Kita mendambakan kekasih atau pasangan yang baik seperti Nur Amina atau Aidil.. Itu normal.. Walau macam mana ‘spoil’ pon seseorang tu, jauh di sudut hatinya dia inginkan pasangan yang lebih baik daripadanya (selfish ke tu?)..
Setiap kita mengharapkan sesuatu.. Mengimpikan sesuatu.. Sesuatu yang baik, indah dan bahgia.. Itu semua ada dalam Nur Kasih.. Tapi mungkin tidak dalam hidup kita.. Jadi kita menumpang.. Menumpang harapan dan impian dalam sebuah cerita cereka..
Tahniah diucapkan pada TV3 (kot) yang dapat melihat peluang ini.. Mereka mengambil peluang yang sedia ada.. Peluang memancing penonton yang dahaga.. Dahagakan hiburan.. Dahagakan kebahgiaan.. Dahagakan agama.. Sebab dalam agama, ada semua itu..
p/s: Hati kata akan ada Nur Kasih The Movie..
