16.Apr.2009 Celcom Broadband dan Siput Babi


Apa persamaan Celcom Broadband dan siput babi? Tepat sekali! Mereka berdua amat lembab.. Kadang-kala kelembaban mereka membuatkan saya keliru yang mana Celcom dan yang mana babi.. Ops maksudku siput babi..
Baru-baru ni saya ada terbaca surat daripada pembaca Berita Harian yang komplen pasal servis Celcom Broadband.. Antara yang dikeluh ialah Celcom Broadband sebenarnya mempunyai had muat turun sebanyak 5GB sebulan.. Bukannya UNLIMITED seperti yang digembar-gemburkan.. Selepas mencapai 5GB, kelajuan akan diturunkan semendadak..
Saya juga pengguna Celcom Broadband.. Saya langgan servis ini ketika mereka membuat promosi di Putrajaya.. Saya tinggalkan Streamyx yang telah lama bersama saya ketika susah dan senang untuk bersama Celcom Broadband yang diuar-uarkan lebih mantop! Sayangnya lebih indah khabar daripada rupa.. Maafkan aku Streamyx.. Walaupon kau juga tak sempurna, sekurang-kurangnya kau tak la jalan merangkak..
Di bawah ada satu video yang saya jumpa kat youtube tentang ketidak puas hatian pengguna terhadap Celcom Broadband.. Ada banyak lagi sebenarnya.. Tapi tak sampai hati nak letak semua.. Kerana jauh di sudut hati saya, masih ada sayang untuk Celcom.
