Wahai peniaga, kenapa buang harga?

Dah beberapa tahun saya ajar peniaga untuk tetapkan harga jualan yang menguntungkan dan pelanggan suka bayar.

Dah banyak kali juga saya kena berdepan dengan peniaga yang suka buang harga.

Diskaun melampau, jual murah, potong harga, cantas sana, cantas sini dan yang sewaktu dengannya.

 

Kenapa buat ni semua?

“Nak bersaing dengan peniaga lain.”

Selain daripada buang harga, apa cara lain untuk bersaing?

“Ermm ntah la. Itu je aku tau.”

Haa itulah realitinya. Malas nak fikir. Malas nak belajar. Ambil cara mudah. Buang harga!

 

Untung ke buat cara ni?

“Untunglah. Dapat jual banyak.”

Sekejap je untungnya ni.

Pelanggan rasa untung sebab dapat beli murah. Peniaga rasa untung sebab dapat jual banyak.

Tapi akan datang macam mana?

Peniaga mungkin kena tutup bisnes sebab margin tak cukup untuk tampung kos bisnes.

Pelanggan pula akan rugi sebab peniaga dah tak berniaga.

Kalau yang masih berniaga pun produk dan servis mereka dah macam sampah sebab nak jual murah.

Itu yang dapat pisang goreng celup plastik. Cendol span. Nasi lemak telur transparent.

 

“Alah takpelah. Lagi pun dapat bantu pelanggan yang tak mampu.”

Kalau betul nak bantu, sedekahkan terus. Jangan jual.

Ramai peniaga, terutamanya peniaga baru sanggup ambil untung singgit dua. Lepas tu komplen kenapa bisnes tak maju?

Cuba kira betul-betul semua kos bisnes tu. Cukup ke untung yang diambil?

Nak bayar gaji sendiri pun tak lepas kan?

Pastikan untung bisnes anda berbaloi dengan modal masa, modal tenaga, modal duit dan segala macam modal yang anda laburkan.

 

Bila anda buang harga, mesti ada ramai peniaga lain yang berbulu.

Kalau yang berbulu tu lawan cara bijak tak apa juga. Ini dia pun sama b***h buang harga.

Si A jual RM100. Si B lawan jual RM80. Si C lawan jual RM50. Si D lawan jual RM30.

Akhirnya semua jual pada harga kos. Meninggal bersama.

 

Ingat margin untung sampai 90%. Tapi bila saya kira 10% pun tak sampai. Nangis!

Untung dah la nipis. Ada hati lagi nak bagi diskaun.

Donut 10 sen dulu tu pun dah berkubur.

Mydin raja harga murah tu pun dah istihar rugi weh.

Tak sedar lagi?

Baik tambah nilai. Sampel percuma. Free gift. Mata ganjaran. Khidmat nasihat. Servis selepas jualan dan sebagainya.

 

Kalau anda peniaga yang baik, mesti anda nak pelanggan dapat produk dan servis bernilai tinggi.

Kalau anda pelanggan yang baik, mesti anda nak beli daripada peniaga yang mampu beri nilai diingini.

Peniaga untung dan pelanggan untung.

Kira lah kos dengan betul. Tetapkan harga berdasarkan nilai. Jual dengan harga berpatutan.

Anda akan sedar betapa bahagia dan untungnya berniaga tanpa buang harga.

 

 

KLIK SINI SEKARANG

 

Beza margin untung & markup untung.
Berapa anda kena jual untuk cover kos?

Anda boleh komen di bawah: