Kebiasaannya pelanggan akan beli 2 helai tanpa bargain lagi murah.

Macam biasa saya akan follow up student-student yang dah dapatkan panduan kami.

Saya akan tanya dah baca ke ebook atau dah tengok ke video?

Kalau dah, apa yang dah dipraktikkan?

Kalau hasilnya negatif, saya akan cadangkan macam mana nak perbaiki.

Kalau hasilnya positif, saya akan cadangkan mana mana nak tambah baik.

 

Jadi satu hari tu salah seorang student panduan Psikologi Harga, Puan Nurul reply emel saya. Dia ni buat bisnes fesyen. Jual pakaian wanita.

Dia nak ubah kedudukan harga yang ditunjukkan kepada pelanggan. Saya pun beri cadangan macam mana nak bagi lagi baik.

Beberapa kali jugalah kami berbalas emel. Saya harap sangat dia boleh jual dengan kuantiti lebih banyak supaya kos iklannya dapat dikurangkan.

 


Selepas 23 hari beliau mengikut cadangan saya, inilah perubahan yang beliau dapat.

1) Pelanggan dah tak pertikaikan harga yang beliau berikan. Terima je.

2) Jarang pelanggan beli sehelai. Biasanya lebih dari sehelai macam 2 helai ke.

3) Pelanggan dah tak bargain minta harga lagi murah. Mesti untung pun lebih.

4) Pelanggan terus faham harga yang mereka baca. Dah takde soalan bodoh yang menyakitkan hati.

5) Kerja beliau jadi semakin senang. Otak pun pasti tenang. Alhamdulillah.

 

Anda nak nikmati perubahan positif seperti Puan Nurul ni?