Seminggu sebelum raya stok produk dah pun habis!

Musim raya ni semua orang nak berniaga. Yang tak pernah berniaga pun tiba-tiba nak berniaga jugak.

Kita fahamlah kan. Isteri nak langsir raya. Anak-anak nak kasut raya.

Belum kira mak ayah kat kampung dan adik-adik yang masih sekolah. Haii banyaknya nak pakai duit raya ni.

Itu yang orang yang dah sedap makan gaji pun terpaksa berniaga sama masa nak raya ni. Dugaann..

 

Ramadan tahun lepas, saya terima emel ni dari Tuan Zul.

Ada beberapa perkara saya terpaksa blurkan untuk menjaga privasi beliau.

Beliau pun makan gaji juga. Pada masa sama, buat bisnes sampingan.

Baguslah tu. Bukan semua orang boleh jadi rajin macam dia ni. Rajin buat personal loan ramailah.

 

Bila saya tanya berapa peningkatan sales lepas gunakan psikologi harga, beliau jawab 100%.

100% geng. Bukang 20%. Bukan 50%. Tapi 100%!

Cuba bayangkan kejap, sales anda yang dapat peningkatakan 100% ni. Berapa agaknya sales anda sekarang?

"Sekarang ni sales aku 5k sebulan. Kalau naik 100%, dah 10k lah. Wow!"

"Sales I about 30k a month. If naik 100% dapatlah dalam 60k. Not bad."

 

Dan cuba bayangkan pula, apa anda boleh buat dengan keuntungan yang meningkat sama tu?

"Boleh beli langsir raya untuk isteri. Boleh beli kasut raya untuk anak. Boleh beli baju raya untuk ayah. Boleh beli tudung raya untuk mak. Boleh bagi duit raya kat adik-adik."

"Kalau I, I nak pergi holiday raya nanti. For a week at least. Hilangkan stress kerja."

 

Raya nak dekat ni. Tinggal beberapa hari je lagi. Takkan masa takbir raya bermula, stok produk kita masih berlonggok-longgok tak laku?

Cuba jadi macam Tuan Zul. Seminggu sebelum raya stok dah pun habis.

Masa ni kepala dah lega. Ada masa untuk buat persiapan raya. Ada duit untuk buat perbelanjaan raya.

Masih belum terlambat untuk kita buat sesuatu. Selagi masih diberi waktu, berusahalah.

Berusaha dengan betul. Berusaha dengan bersungguh. Berusaha dengan cara yang terbukti berhasil.