Dropship ni buat sebulan sales hampir sama setahun sales!

Siapa sini buat dropship? Kalau ada, samalah macam Cik Amirah ni.

Dia pun buat dropship. Lebih spesifik dropship jual tudung. 3 tahun dah dia buat.

Jenama apa? Itu saya tak dapat bagitau. Takkan semua rahsia saya nak bocorkan. Marahlah orang nanti.

 

Lepas dia gunakan taktik psikologi harga yang saya ajar, pelanggan-pelanggan dia akan terus beli lebih dari 1 tudung.

Tapi ada juga yang senyap dan tak beli. Tak logiklah kalau saya kata 100% semuanya beli.

Dan saya nak buat pengakuan, bukan semua taktik psikologi harga yang saya ajar berjaya dia buat.

Ada juga yang tak menjadi. Terus terang je cakap.

 

Tapi yang bestnya dia kata lepas gunakan psikologi harga sales dia berubah.

Boleh kata sebulan sales hampir sama macam tahun lepas punya setahun sales!

Sales bulan ni = Sales tahun lepas

Banyak tu!

 

Apa jadi kalau anda pun dapat perubahan macam ni? Cuba bayangkan..

"Jualan aku tahun lepas dalam 100k. Wah kalau bulan ni je dah boleh dapat 100k terbaik tu! Boleh cuti luar negara nanti."

"Sales I last year about 500k. If in a month I boleh dapat 500k memang heaven. Boleh I balik kampung dengan kereta baru."

 

Dalam panduan psikologi harga saya kongsi 23 taktik yang boleh anda gunakan untuk menjual lebih banyak daripada biasa.

Tapi mengikut rekod yang kami ada, student kami tak guna pun semua 23 taktik tu.

Cukup guna 2-4 taktik untuk dapatkan perubahan positif dalam bisnes anda.

"Dah tu kenapa bagi sampai 23 taktik. Bagi sikit dah la."

Saya bagi sampai 23 taktik sebab setiap bisnes tu berbeza-beza keperluannya.

Bisnes produk mungkin kena guna taktik lain. Bisnes servis mungkin kena guna taktik lain.

Jadi saya bagi pelbagai pilihan untuk anda cuba taktik mana yang paling sesuai untuk bisnes masing-masing.