Anda dah penat melayan pelanggan asyik minta diskaun je?

Dulu ada peniaga ni pernah mengadu kepada saya:

"Secara peribadinya tuan Umar, saya nak tanya sebab saya ni belum mahir dan agak baru mengenai selok belok perniagaan ni. Jenis saya terlalu cepat memberi diskaun dan jual murah kepada pelanggan. Kawan-kawan nasihatkan saya supaya jangan terlalu pemurah dengan pelanggan, nanti tak maju."

Kadang-kadang tu kita memang rasa serba salah. Nak bagi diskaun ke tak?

Pelanggan dah minta. Nanti tak bagi dia tak nak beli pula. Melepas sales.

Pernah kan rasa macam ni?

 

Jadi apa boleh kita buat supaya pelanggan tak kerap minta diskaun? Takdelah kita rasa tersepit selalu.

Ikut apa yang tuan Norman buat.

"Norman? Norman KRU ke?"

Eh bukan.. bukan Norman KRU mahupun FRU. Ini tuan Norman seorang pengusaha homestay.

Homestay beliau terletak di Kluang, Johor. Dah 3 tahun beliau usahakan homestay tersebut.

Sebelum ni memang ramai pelanggan yang akan minta diskaun dengan beliau.

Kalau kita kena macam ni memang stres lah kan? Harga dah bagi cantik lagi nak minta diskaun.

Umpama isi ikan tu dah tinggal sikit, dia minta lagi diskaun last-last kita dapat tulang je. Matilanak.

 

Jadi apa yang tuan Norman buat supaya pelanggan tak rajin nak minta diskaun lagi?

Dia gunakan taktik ke 18 dalam panduan Psikologi Harga.

Lepas dah gunakan taktik ni hampir setahun, dah jarang pelanggan nak suka-suka minta diskaun.

Dah tak perlu nak berada dalam dilema nak bagi diskaun ke tak. Lega.. alhamdulillah!