Apa akan jadi apabila hasil jualan bisnes anda lebih 5 kali ganda?

Masa tu bulan Julai. Dah nak hujung-hujung. Tuan Saiful hantar emel kepada saya. Beliau ni buat bisnes servis. Lebih tepat buat kelas belajar bahasa.

Beliau bagitahu berbaloi dapatkan panduan Psikologi Harga. Hasilnya berkali ganda berbanding kos untuk mendapatkannya.

 

Saya pun gatal lah tanya, jualan macam mana? Yelah nak tahu juga betul ke berbaloi dapatkan panduan Psikologi Harga ni.

Beliau bagitahu yang hasil jualan bisnes jadi lebih 5 kali ganda. Bukan 2 kali ganda. Bukan 3 kali ganda. Tapi lebih 5 kali ganda!

Saya pun terkejutlah bila beliau bagitahu perkara ni. Tapi bila fikir-fikir balik, tak ada apa nak pelik pun.

Ada je student panduan Psikologi Harga yang lain dapat jualan lebih daripada tu. Dah nama pun rezeki.

 

Tapi cuba anda ambil masa sikit. Sekejap je. Cuba bayangkan jualan bisnes anda yang naik 5 kali ganda.

Apa agaknya perubahan yang akan berlaku kepada bisnes anda?

Apa agaknya perubahan yang akan berlaku kepada diri anda?

Apa agaknya perubahan yang akan berlaku kepada keluarga anda?

 

Kalau anda rasa macam mustahil sangat sampai 5 kali ganda, tak apa. Katakanlah jualan berubah jadi 2 kali ganda je.

Anda boleh rasa gembira? Anda boleh rasa bahagia? Mula senyum sampai ke telinga?

Hakikatnya tiada apa yang mustahil. Anda sendiri yang perlu tuntut apa yang anda mahu.