UMARvellous

We are marvellous!

Panduan Lengkap Rahsia Anda Boleh Menjadi Usahawan Super Lumayan di Mudah.my

Salam sejahtera pembaca budiman,

 

Sejak pertama kali saya mendedahkan bagaimana saya meraih pendapatan lumayan daripada Mudah.my secara ringkas di program sendiri dan sebagai penceramah jemputan di program pihak lain, permintaan agar saya dedahkan lagi rahsia saya secara lengkap dan sempurna semakin tinggi.. Oleh yang demikian, satu perbincangan serius telah diadakan antara saya dan beberapa rakan usahawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi memenuhi permintaan ini..

 

Dengan izin Allah, UMARvellous.com dan G Minds Group Sdn Bhd akan mengadakan Bengkel Usahawan Super Mudah.my di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati pada 20 Mei 2012..

 

Sebagai usahawan yang sudah lama berurusan dengan Mudah.my, saya akan kongsi dan dedahkan ilmu-ilmu berikut:

1. Peluang BESAR di Mudah.my

2. Berkenalan denga Mudah.my

3. Apa yang boleh dijual?

4. Apa produk terhangat untuk dijual?

5. Rahsia melariskan jualan!

6. Iklan anda seperti magnet dan pembeli akan melekat

7. Hari dan masa terbaik untuk menjual

8. Hasilkan gambar jualan terbaik dengan senang (we do judge a book by its cover)

9. Pantang larang berniaga di Mudah.my!

10. Rahsia membina kredibiliti sebagai peniaga

11. Khidmat pelanggan cemerlang

12. Tukarkan pelanggan pertama menjadi pelanggan setia

13. Pembayaran terbaik untuk pelanggan

14. Penghantaran barang paling selamat

15. Google boleh bantu meningkatkan jualan di Mudah.my

16. Lakukan ujian untuk mendapatkan teknik terbaik

17. Apa perlu dibuat bila iklan ditolak?

18. Betulkah Mudah.my mengenakan bayaran untuk servis mereka?

19. Anda boleh menjual tanpa produk sendiri!

20. Buat untung atas angin dengan senang

21. Ayat-ayat magik yang wajib ada dalam iklan anda!

22. Perbezaan akaun biasa dan Pro Niaga

23. Anda boleh mendapatkan pelanggan daripada syarikat korporat

24. Bagaimana untuk buka lebih daripada 1 akaun?

25. Bagaimana untuk meletakkan alamat laman web sendiri di Mudah.my secara sah!

26. Menjual barang rosak

27. Dan banyak lagi..

 

Antara kelebihan menjana pandapatan lumayan di Mudah.my:

1. Direktori pengiklanan paling popular

2. Lubuk pembeli berkumpul

3. Tak perlu bina laman web

4. Tak payah beli nama domain

5. Tak membazir beli hosting

6. Tak ada modal? Tak apa..

7. Software canggih tak diperlukan

8. Masa yang singkat saja

9. Buta IT pon boleh

10. Tak perlu promosi di medium pengiklanan lain

11. Tak pening susah mencari pelanggan

12. Cukup la sampai sini ye.. Tak larat nak tulis semua..

 

Jadi siapa sebenarnya yang sesuai untuk hadir?

+ Anda yang masih gagal buat duit di internet

+ Anda yang ingin menjana pendapatan sampingan lumayan di internet

+ Anda yang ingin menjana pendapatan lumayan di internet secara tetap

+ Anda yang nak mulakan perniagaan produk fizikal atau menawarkan servis

+ Anda yang nak menjual tetapi tiada tempat nak dapatkan sumber barangan

+ Anda yang nak mulakan perniagaan dengan modal kecil atau tanpa modal langsung

+ Anda yang tiada peruntukan modal untuk iklan dan promosi

+ Anda yang mahu menjual produk yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran

+ Anda yang dah ada kedai Online dan nak meningkatkan jualan

+ Anda yang nak ubah nasib & kewangan diri sendiri daripada hasil perniagaan di internet

 

Saya juga ingin menghadiahkan kepada anda yang menyertai bengkel ini dengan 3 bonus:

1. Sesi konsultansi bersama saya di Facebook selama 30 hari (bernilai RM300)

2. Rakaman Audio “Buat Duit Dengan Mudah.my” (bernilai RM97)

3. Ebook Rahsia Publisiti Percuma (bernilai RM49)

 

Jadi berapa yang anda perlu laburkan untuk mendapatkan ilmu berharga ini semua? Pelaburan tersebut hanyalah RM257.. 3 bonus yang saya berikan tadi lebih tinggi harganya.. Tapi nanti dahulu!

 

Sebagai menghargai anda yang serius untuk turut serta dalam bengkel ini, saya akan berikan harga yang eksklusif:

10 peserta pertama: RM100

10 peserta ke dua: RM127

10 peserta ke tiga: RM157

Peserta seterusnya: Harga biasa RM257

 

Di sini saya ingin memberikan JAMINAN kepada anda, jika setelah 3 bulan anda masih tidak mampu untuk menjana pandapatan setelah mengamalkan ilmu-ilmu yang saya kongsikan, maka anda boleh meminta agar saya PULANGKAN wang pelaburan anda.. Saya akan pulangkan semuanya tanpa ada banyak soal! Tiada risiko untuk pelaburan anda!

 

Oleh itu ambillah tindakan yang bijak dengan mendaftar SEKARANG sebelum kuota harga eksklusif habis dan tempat penuh!
Klik sini untuk pendaftaran: www.usahawansuper.com

 

BENGKEL : Usahawan Super Mudah.my – “Panduan Lengkap Rahsia Anda Boleh Menjadi Usahawan Super Lumayan di Mudah.my!”

TARIKH : Ahad, 20 Mei 2012

MASA : 8.45 pg – 5.00 ptg

TEMPAT : Dewan Ainon Mohd (11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur)

KEPERLUAN : Sila bawa laptop + Broadband (jika ada)

 

Maklumat lanjut:
Tuan Umar Mohamad Taib – 012 217 1761 / hi@umarvellous.com
Tuan Muhammad Nizar Jamaludin – 019 950 5118
Tuan Muhammad Shuaib Jamaludin – 019 936 4966 / greatmindstc@gmail.com

 

Daftar di: www.usahawansuper.com

Share

Letakkan alamat laman web secara sah di Mudah.my

Ini antara soalan yang suka ditanya kepada saya.. Bagaimana untuk meletakkan alamat laman web di Mudah.my?

 

Sedia maklum bahawa Mudah.my tidak membenarkan pengiklan meletakkan alamat laman web di bahagian Ad Text.. Ini bagi mengelakkan trafik atau kumpulan pembeli di Mudah.my lari ke laman web yang lain..

 

Katakanlah anda menjual komputer dan di dalam iklan anda letakkan alamat laman web anda, www.komputermurah.com.. Pasti pihak Mudah.my tidak meluluskan iklan anda untuk diterbitkan..

 

Jadi ingin saya kongsikan di sini, bagaimana caranya untuk anda meletakkan alamat laman web di Mudah.my secara sah! Cuba perhatikan gambar di bawah..

Perhatikan garisan berwarna jingga.. Saya meletakkan alamat laman web sebagai alamat emel.. Jadi dengan ini, anda tidak dikira sebagai melanggar peraturan Mudah.my dan iklan anda akan diluluskan.. Pembeli yang membaca iklan anda dengan teliti pasti perasan alamat laman web yg berselindng di sebalik alamat emel.. Beginilah caranya ramai pelanggan akhirnya menjumpai laman web bisnes saya.. Selamat mencuba!

Share

Anda wajib menjual di Mudah.my kerana trafik!

Mudah.my ialah platform jual beli atas talian paling besar dan popular di Malaysia.. Saya yakin anda sendiri pasti pernah ke laman web Mudah.my.. Dulu, hampir setiap keyword yang di Google pasti akan keluar Google ads Mudah.my..

 

Perkhidmatan Mudah.my membolehkan sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual di negeri masing-masing dengan senang.. Mudah.my menghubungkan pembeli dan penjual di Malaysia.. Dengan lebih daripada 5.2 juta pelawat unik sebulan, Mudah.my adalah salah satu laman web yang paling kerap dilawati di Malaysia..

 


 

Cuba lihat screen shot dari Alexa.com di atas.. Mudah.my menduduki tempat ke 10 laman web yang kerap dilawati di Malaysia.. Berada di belakang Twitter dan di hadapan Maybank2u.. Apa yang menarik Top 10 laman web di atas hanya Mudah.my yang Made in Malaysia..

 

Kalau kita nak buka gerai goreng pisang, pasti kita akan cari jalan yang banyak kenderaan lalu.. Kalau kita nak buka kedai pakaian, mesti kita cari pusat beli-belah yang ramai pengunjung.. Begitu juga kalau kita nak menjual apa saja di online.. Carilah tempat yang sudah banyak orang atau trafik ke sana.. Dan Mudah.my lah lubuk trafik terbaik untuk anda!

Share

Bisnes online tanpa modal?

bisnes online tanpa modalBisnes online tanpa modal.. Betul ke? Macam tak percaya je.. Memang patut pon tak percaya.. Kita buat bisnes mana boleh tiada modal.. Kalau tak modal duit tu keluar dari mesin ATM, pasti diperlukan juga modal dari otak iaitu idea..

Jadi bagaimana sesetengah orang boleh kata bisnes online ni tak perlukan modal? Bagi saya mungkin tidak memerlukan modal yang besar.. Contohnya jika kita nak buat laman web produk, kos-kos yang terlibat ialah:

1. Domain Name (Cth: umarvellous.com)
2. Hosting (tapak tanah maya – nak buat rumah mesti ada tanah)
3. Web Designer atau Developer (jika diperlukan)

Ini tidak termasuklah kos-kos tak langsung seperti talian internet dan sebagainya.. Pung pang pung pang mungkin makan dalam RM500 saja.. Jadi sebenarnya bisnes online ni bukanlah tanpa modal tapi modal minima yang amat!

Jika anda mempunyai produk atau servis yang boleh ditawarkan, cuba iklankan di Mudah.my.. Pengalaman saya menjual kamera digital di situ amat menggalakan.. Stok kamera pon dah habis.. Tempahan paling banyak yang pernah saya dapat ialah 15 buah kamera dari seorang pembeli wanita Melayu.. Rasanya mungkin dia nak jual balik kamera digital tu.. Takkan lah dia nak pakai semua 15 kamera tu kan? Tamaknya.. =P

Proses pendaftaran di Mudah.my amatlah mudah.. (berapa kali mudah daa..) Klik klik klik dah siap pendaftaran.. Kemudian boleh lah anda iklan produk dan servis anda dengan senang hati.. Kos pengiklanan di situ percuma saja.. Best kan? Dah la ramai visitors.. Mengikut senaraian Alexa, Mudah.my menduduki tangga laman web ke 12 di Malaysia.. Ini hanya satu contoh mudah yang boleh saya beri.. Nanti saya akan berikan banyak lagi ye..

Jadi kesimpulannya di sini bisnes online memang memerlukan modal.. Cuma modal tersebut boleh diminimakan sebanyak mungkin jika kita bijak membuat pilihan dan merancang..

Related Posts with Thumbnails
Share