Ramai owner produk yang kecewa. Ejen senyap sepi tanpa berita. Dah bagi material pun diam. Group hidup segan mati tak mahu.

Bila disiasat, rupa-rupanya ejen semuanya dapat join free! Patutlah sendu..

Sebenarnya tak salah pun nak bagi ejen join percuma. Kalau produk tu belum dikenali. Kalau anda sendiri belum dipercayai. Memang lebih mudah untuk ramaikan ejen dengan bagi join percuma.

Tapi anda juga ada pilihan untuk kenakan yuran atau caj tertentu kepada ejen yang mendaftar.

Cuba ikut contoh Tuan A yang bijak ni. Dia jual produk kesihatan untuk wanita.

Untuk jadi ejen produk dia, ada syaratnya.

Kena labur RM300. Kemudian dapat 6 unit produk. Kiranya harga 1 produk untuk ejen adalah RM50.

Seunit produk boleh jual dengan harga RM100. Ejen dapat untung RM50 seunit produk.

Yang bestnya, stok pertama yang dibeli ejen boleh pegang sendiri atau bagi HQ pegang.

HQ siap boleh pos secara percuma kepada pelanggan. Katakan purata kos pos kepada seorang pelanggan RM10. 6 pelanggan dah RM60.

Pergh banyak jimat tu. Memang meleleh tawaran ni untuk jadi ejen.

Bila dah buat macam ni, yang nak jadi ejen tu memang serius. Bukan nak main-main sebab dapat join free.

Awal-awal kita dah tapis. Jadi kita hanya bagi komitmen kepada yang beri komitmen sahaja.

Lebih berbaloi untuk kita berikan masa dan tenaga kepada ejen yang serius begini.

Walaupun produk Tuan A ni masih baru, dah boleh jual lebih 300 unit sehari dengan bantuan para ejen.

300 unit x RM100 = RM30,000 sales sehari

Sales RM30,000 sehari juga bukanlah perkara yang mustahil untuk anda dapatkan. Yang penting struktur sistem ejen anda kena betul.

Kalau struktur sistem ejen pun tak tersusun, itu yang ejen pun berterabur hilang entah ke mana.

 

Bagaimana Formula Sistem Ejen (FSE) dapat bantu anda struktur sistem ejen dengan betul?

Pada bab pertama ada dikongsikan perkara ini.

 

1.0 Struktur Sistem Ejen

  • Membina Empayar Duit Dengan Sistem Ejen
  • Di Sebalik Kelebihan & Kekurangan Sistem Ejen
  • Fakta & Realiti: Hanya X% Sahaja Yang Aktif
  • 5 Formula Naikkan Jualan Ejen & Hidupkan Ejen Yang Mati
  • Lapisan Sistem Ejen (Stokis, Ejen, Dropship)

Bab pertama je dah padat dengan macam-macam maklumat penting yang perlu anda tahu supaya berjaya rekrut kumpulan ejen yang aktif menjual.

Beberapa contoh dan cadangan juga diberikan supaya boleh pilih yang terbaik untuk bisnes anda sendiri.

Bab pertama pun anda dah boleh tahu banyak perkara penting. Belum masuk lagi 5 bab.

Sebab keseluruhannya ada 6 bab dalam FSE ni yang anda boleh korek segala macam rahsia untuk rekrut ejen yang akan aktif menjual setiap hari!

Anda nak gunakan Formula Sistem Ejen untuk rekrut ejen yang akan aktif menjual setiap hari?

"Ye saya nak gunakan Formula Sistem Ejen untuk rekrut ejen yang akan aktif menjual setiap hari. Barulah boleh jana jualan 6-7 angka!"

Klik link di atas sekarang!