3 cara untuk menang dalam Perang Harga! [Video]

Masalah perang harga bukan masalah baru dalam bisnes.

Bagi mereka yang baru berniaga, terutamanya peniaga online, masalah ni umpama penamat nyawa bisnes mereka.

Sebab mereka tak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan pesaing yang mulakan perang harga.

Ada beberapa cara untuk anda menang dalam perang harga.

Antaranya ialah:

1) Kita Perang

Anda tengok persaing turunkan harga. Anda pun turunkan harga.

Turunkan harga setakat yang anda mampu. Jangan sampai bawah harga kos.

Kira harga kos betul-betul. Jika anda beli produk dengan harga RM2, bukan bermakna harga kos kita adalah RM2.

Ada kos-kos lain yang anda mungkin terlepas pandang.

2) Pakai Bom

Anda tengok pesaing turunkan harga. Umpama dia nak lawan kita pakai pistol.

Jangan takut. Anda pakai bom. Gunakan nilai untuk lawan dia balik.

Bom Nilai lagi power!

3) Buat Bodoh

Anda tengok pesaing-pesaing anda turunkan harga. Biarkan mereka.

Sampai masa mereka akan mati bersama. Anda jual dengan harga biasa.

Pada masa sama, cari jalan dari mana lagi bisnes boleh datangkan keuntungan.

Tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih lengkap bagaimana anda boleh menang dalam perang harga. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top