Mudahnya kira untung bersih!

38 Shares

Katakan anda jual X.

Harga jualan X adalah RM140 seunit.

Berapa anda boleh dapat untung bersih?

 

1) KOS NYATA

Kos ni ramai peniaga nampak dan tahu.

Contoh:

Kos produk = RM50

Kos pos = RM10

 

Kos nyata = RM50 + RM10

Kos nyata = RM60 

 

2) UNTUNG KASAR

Untung kasar = Harga jualan – Kos nyata

Untung kasar = RM140 – RM60

Untung kasar = RM80

 

Ramai peniaga teruja dengan untung kasar yang nampak banyaaaak ni.

Padahal ada lagi kos-kos lain yang perlu diambil kira.

 

3) KOS TERSEMBUNYI

Kos ni ramai peniaga terlepas pandang.

Contoh:

Gaji = RM7

Petrol = RM10

Tol = RM2

Parking = RM1

Iklan = RM20

Ntah apa benda lagi = RM5

 

Kos tersembunyi = RM7 + RM10 + RM2 + RM1 + RM20 + RM5

Kos tersembunyi = RM45

 

4) UNTUNG BERSIH

Untung bersih = Untung kasar – Kos tersembunyi

Untung bersih = RM80 – RM45

Untung bersih = RM35

 

Untung bersih ni simpan untuk bisnes anda. Jangan belanja macam duit sendiri. Ini duit bisnes anda. Ini bukan gaji anda.

Sebenarnya, RM35 tu bukan untung bersih sangat pun. Akan ada kos-kos tersembunyi yang akan muncul kemudian.

Kos produk rosak, kos produk dipulangkan, kos refund, KWSP, SOCSO, cukai, zakat dan macam-macam lagi.

Dah tolak semua ni, barulah anda tahu berapa untung bersih yang suci lagi murni. Ingat, gunakan untung bersih ni untuk kembangkan lagi bisnes anda.

 

 

Berapa kos bisnes anda sehari?
Pelanggan senyap lepas tahu harga. Apa anda boleh buat?

24 thoughts on “Mudahnya kira untung bersih!”

    1. Contohnya kos petrol nak ke pejabat pos untuk kurier barang pelanggan. Contohnya kos tol masa COD barang pelanggan. Banyak sangat. Susah nak listkan semua. Setip bisnes berbeza.

    1. berapa percent, yg sepatutnya saya atau syarikat perlu ambik, sekiranya ada orang menggunakan lesen perniagaan saya untuk transfer duit gaji dia masuk dlm akaun syarikat saya.., adakaah 5% Atau 10% dari gaji dia..? mintak pencerahan

    1. Maaf ye, mcm mna nk kira jika ade untung kasar, sewa, gaji, kenderaan, tunai dan kadar bayaran? Mcm mne nk klskan and kire untung bersih?

  1. salam… nak tanya. dalam kos nyata tu, ada kos produk dan kos pos. noleh saya tau kos pos tu apa ya??

  2. Nor jamila Binti abu Othman

    Bos nk tanya. jika kita beli baju
    1bale dgn harga rm200+pos rm70 jadi rm270 la.baju ada 50 helai.jadi mcm mna kita nk kira untung kita.untung bersih,untung gaji,untung syarikat. Mcm mna bos..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

38 Shares
Share38
Tweet