Wahai peniaga, kenapa buang harga?

Dah beberapa tahun saya ajar peniaga untuk tetapkan harga jualan yang menguntungkan dan pelanggan suka bayar.

Dah banyak kali juga saya kena berdepan dengan peniaga yang suka buang harga.

Diskaun melampau, jual murah, potong harga, cantas sana, cantas sini dan yang sewaktu dengannya.

Kenapa buat ni semua?

“Nak bersaing dengan peniaga lain.”

Selain daripada buang harga, apa cara lain untuk bersaing?

“Ermm ntah la. Itu je aku tau.”

Haa itulah realitinya. Malas nak fikir. Malas nak belajar. Ambil cara mudah. Buang harga!

Untung ke buat cara ni?

“Untunglah. Dapat jual banyak.”

Sekejap je untungnya ni.

Pelanggan rasa untung sebab dapat beli murah. Peniaga rasa untung sebab dapat jual banyak.

Tapi akan datang macam mana?

Peniaga mungkin kena tutup bisnes sebab margin tak cukup untuk tampung kos bisnes.

Pelanggan pula akan rugi sebab peniaga dah tak berniaga.

Kalau yang masih berniaga pun produk dan servis mereka dah macam sampah sebab nak jual murah.

Itu yang dapat pisang goreng celup plastik. Cendol span. Nasi lemak telur transparent.

“Alah takpelah. Lagi pun dapat bantu pelanggan yang tak mampu.”

Kalau betul nak bantu, sedekahkan terus. Jangan jual.

Ramai peniaga, terutamanya peniaga baru sanggup ambil untung singgit dua. Lepas tu komplen kenapa bisnes tak maju?

Cuba kira betul-betul semua kos bisnes tu. Cukup ke untung yang diambil?

Nak bayar gaji sendiri pun tak lepas kan?

Pastikan untung bisnes anda berbaloi dengan modal masa, modal tenaga, modal duit dan segala macam modal yang anda laburkan.

Bila anda buang harga, mesti ada ramai peniaga lain yang berbulu.

Kalau yang berbulu tu lawan cara bijak tak apa juga. Ini dia pun sama b***h buang harga.

Si A jual RM100. Si B lawan jual RM80. Si C lawan jual RM50. Si D lawan jual RM30.

Akhirnya semua jual pada harga kos. Meninggal bersama.

Ingat margin untung sampai 90%. Tapi bila saya kira 10% pun tak sampai. Nangis!

Untung dah la nipis. Ada hati lagi nak bagi diskaun.

Donut 10 sen dulu tu pun dah berkubur.

Mydin raja harga murah tu pun pernah istihar rugi weh.

Tak sedar lagi?

Baik tambah nilai. Sampel percuma. Free gift. Mata ganjaran. Khidmat nasihat. Servis selepas jualan dan sebagainya.

Kalau anda peniaga yang baik, mesti anda nak pelanggan dapat produk dan servis bernilai tinggi.

Kalau anda pelanggan yang baik, mesti anda nak beli daripada peniaga yang mampu beri nilai diingini.

Peniaga untung dan pelanggan untung.

Kira lah kos dengan betul. Tetapkan harga berdasarkan nilai. Jual dengan harga berpatutan.

Anda akan sedar betapa bahagia dan untungnya berniaga tanpa buang harga.

Pelanggan tak lari lepas naikkan harga.
Strategi Harga

Pelanggan tak lari lepas naikkan harga.

By 2019/02/27 0
Kos untuk keluarkan produk & berikan servis kepada pelanggan semakin hari semakin meningkat. Tapi kebanyakan peniaga takut untuk naikkan harga
Apa kesan buruk beri diskaun kepada pelanggan?
Strategi Harga

Apa kesan buruk beri diskaun kepada pelanggan?

By 2019/02/14 0
Tuan E jual produk elektronik. Kebanyakan produk yang beliau jual ambil dari China. Lebih spesifik Guangzhou. Cara Tuan E tentukan
Mudahnya kira untung bersih!
Strategi Harga

Mudahnya kira untung bersih!

By 2017/05/01 25
Katakan anda jual X. Harga jualan X adalah RM140 seunit. Berapa anda boleh dapat untung bersih? 1) KOS NYATA Kos ni
Berapa kos bisnes anda sehari?
Strategi Harga

Berapa kos bisnes anda sehari?

By 2017/05/02 0
Pernah tahu berapa kos bisnes anda sehari? Kalau tak tahu, mari tengok macam mana kira. KOS BISNES SEBULAN Contoh: Sewa
Beza margin untung dan markup untung.
Strategi Harga

Beza margin untung dan markup untung.

By 2017/05/04 6
“Abah.. macam mana nak kira ni?” “Kira apa kakak?”, jawab Leman sambil menonton TV. “Kerja rumah ni. Harga jual beg
Bagaimana menetapkan harga jualan produk yang sudah wujud di pasaran?
Strategi Harga

Bagaimana menetapkan harga jualan produk yang sudah wujud di pasaran?

By 2016/04/06 1
Macam mana nak tetapkan harga jualan produk yang dah wujud di pasaran dengan betul? Mari baca perbualan di bawah. A:
Wahai peniaga, kenapa buang harga?
Strategi Harga

Wahai peniaga, kenapa buang harga?

By 2019/02/25 0
Dah beberapa tahun saya ajar peniaga untuk tetapkan harga jualan yang menguntungkan dan pelanggan suka bayar. Dah banyak kali juga
Bagaimana jual pada harga kos dan tetap dapat untung?
Strategi Harga

Bagaimana jual pada harga kos dan tetap dapat untung?

By 2016/04/07 0
Nak tahu macam mana nak dapat untung walaupun jual dengan harga kos? Mari baca perbualan di bawah. ===== A: Saya ni
Betul ke bisnes anda untung? Bagaimana kira harga kos.
Strategi Harga

Betul ke bisnes anda untung? Bagaimana kira harga kos.

By 2019/02/12 2
Anda buat bisnes kan? Buat bisnes mesti nak untung kan? Kalau nak tahu untung ke tidak, mesti tahu kira kos!
Berapa anda kena jual untuk cover kos?
Strategi Harga

Berapa anda kena jual untuk cover kos?

By 2019/02/22 0
Senang je untuk tahu berapa anda kena jual untuk cover kos. Ada 3 benda anda kena tahu dulu. 1) KOS TETAP Contoh: +

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top