Apa kesan buruk beri diskaun kepada pelanggan?

Tuan E jual produk elektronik. Kebanyakan produk yang beliau jual ambil dari China. Lebih spesifik Guangzhou.

Cara Tuan E tentukan harga jual senang je. Sama ada beliau akan darab dengan 2 atau ikut je harga peniaga lain jual.

Makin hari makin ramai yang jual produk yang sama dengan Tuan E. Jadi apa beliau buat untuk terus dapat menarik pelanggan?

Beliau bagi diskaun. Biasalah tu kan. Bila tak tau nak buat apa, bagi je diskaun kepada pelanggan. Senang kerja.

Sampai satu masa, beliau sedar keuntungan yang beliau dapat tak dapat tanggung segala kos. 

Macam mana boleh jadi macam tu? Macam ni..

Katakan kos produk A RM50. Beliau jual RM100. Jadi beliau anggap dah untung RM50.

Masalahnya beliau tak faham yang ini adalah untung kasar. Sebab hanya tolak Cost Of Goods Sold.

Ada banyak lagi kos lain kena tolak supaya dapat tau untung bersih.

Jadi bila beliau anggap ada untung RM50, sewenang-wenangya beliau bagi diskaun kepada pelanggan asalkan produk terjual.

Kalau diberi 10% diskaun, harga jualan tadi akan turun kepada RM90. Kos tetap sama RM50. Untung kasar dah merosot jadi RM40.

Diskaun sebanyak 10% sebenarnya telah menyebabkan untung kasar kita turun sebanyak 20%.

Membuatkan keadaan bertambah parah, beliau bukan bagi diskaun 10% je. Malah lebih banyak dari tu.

20%, 30%, 40%, 50% dan seterusnya. Punyalah terdesak nak pujuk pelanggan beli dengan harga diskaun.

Taktik berikan diskaun harga boleh menyebabkan jualan anda melonjak naik dengan segera. Tapi kemungkinan untuk beri kesan buruk itu juga ada.

Antaranya adalah:

  • Kebanyakan pelanggan membeli dengan harga diskaun adalah pelanggan yang memang sanggup untuk beli dengan harga biasa.
  • Pelanggan akan menunda pembelian mereka dan menunggu promosi diskaun seterusnya.
  • Secara tidak langsung anda telah ajar pelanggan untuk menerima ‘rasuah’.

“Saya bagi diskaun, awak beli barang. OK?” 

Ogivly & Mather adalah syarikat pemasaran dan antara yang terbesar di dunia. Mereka pernah melakukan kajian terhadap 200 syarikat.

Hasil daripada kajian tersebut mereka dapati syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.

Apabila anda sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung anda sedang beritahu yang produk anda tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa.

Tidak lah saya bermaksud untuk anda langsung tidak menggunakan taktik diskaun. Saya sendiri pun kadang-kadang berikan diskaun kepada pelanggan.

Cuma kita kena pastikan keuntungan anda semakin banyak apabila diskaun diberi. Bukannya makin sikit. Lebih malang, rugi terus! 

Pelanggan akan minta diskaun apabila dia rasa tak berbaloi untuk bayar dengan harga biasa. Perbaiki produk dan servis anda. Pelanggan nak minta diskaun pun segan. 

Apa kesan buruk beri diskaun kepada pelanggan?
Strategi Harga

Apa kesan buruk beri diskaun kepada pelanggan?

By 2019/02/14 0
Tuan E jual produk elektronik. Kebanyakan produk yang beliau jual ambil dari China. Lebih spesifik Guangzhou. Cara Tuan E tentukan
Mudahnya kira untung bersih!
Strategi Harga

Mudahnya kira untung bersih!

By 2017/05/01 25
Katakan anda jual X. Harga jualan X adalah RM140 seunit. Berapa anda boleh dapat untung bersih? 1) KOS NYATA Kos ni
3 cara untuk menang dalam Perang Harga! [Video]
Strategi Harga

3 cara untuk menang dalam Perang Harga! [Video]

By 2019/02/28 0
Masalah perang harga bukan masalah baru dalam bisnes. Bagi mereka yang baru berniaga, terutamanya peniaga online, masalah ni umpama penamat
Betul ke bisnes anda untung? Bagaimana kira harga kos.
Strategi Harga

Betul ke bisnes anda untung? Bagaimana kira harga kos.

By 2019/02/12 2
Anda buat bisnes kan? Buat bisnes mesti nak untung kan? Kalau nak tahu untung ke tidak, mesti tahu kira kos!
Bagaimana menetapkan harga jualan produk yang sudah wujud di pasaran?
Strategi Harga

Bagaimana menetapkan harga jualan produk yang sudah wujud di pasaran?

By 2016/04/06 1
Macam mana nak tetapkan harga jualan produk yang dah wujud di pasaran dengan betul? Mari baca perbualan di bawah. A:
Pelanggan tak lari lepas naikkan harga.
Strategi Harga

Pelanggan tak lari lepas naikkan harga.

By 2019/02/27 0
Kos untuk keluarkan produk & berikan servis kepada pelanggan semakin hari semakin meningkat. Tapi kebanyakan peniaga takut untuk naikkan harga
Bagaimana jual pada harga kos dan tetap dapat untung?
Strategi Harga

Bagaimana jual pada harga kos dan tetap dapat untung?

By 2016/04/07 0
Nak tahu macam mana nak dapat untung walaupun jual dengan harga kos? Mari baca perbualan di bawah. ===== A: Saya ni
Beza margin untung dan markup untung.
Strategi Harga

Beza margin untung dan markup untung.

By 2017/05/04 6
“Abah.. macam mana nak kira ni?” “Kira apa kakak?”, jawab Leman sambil menonton TV. “Kerja rumah ni. Harga jual beg
Berapa kos bisnes anda sehari?
Strategi Harga

Berapa kos bisnes anda sehari?

By 2017/05/02 0
Pernah tahu berapa kos bisnes anda sehari? Kalau tak tahu, mari tengok macam mana kira. KOS BISNES SEBULAN Contoh: Sewa
Wahai peniaga, kenapa buang harga?
Strategi Harga

Wahai peniaga, kenapa buang harga?

By 2019/02/25 0
Dah beberapa tahun saya ajar peniaga untuk tetapkan harga jualan yang menguntungkan dan pelanggan suka bayar. Dah banyak kali juga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top