Beza margin untung dan markup untung.

“Abah.. macam mana nak kira ni?”

“Kira apa kakak?”, jawab Leman sambil menonton TV.

“Kerja rumah ni. Harga jual beg RM80. Harga kos dari pembekal RM40. Jadi berapa peratus margin untung?”

“Alah senang je tu. Hari-hari abah kira margin untung. Abah kan dah lama berbisnes. Jawapan dia 100%.”, lagak Leman.

“Macam mana kalau kakak nak kira sendiri?”

“Kakak tolak harga jual dengan harga kos tu. Kemudian kakak bahagi je dengan harga jual. Dapat kan?”, jawab Leman.

“Eh kenapa kakak dapat lain? Dapat 50%.”

Leman tutup TV.

“Meh sini abah kira. Benda senang pun tak boleh buat.”, rungut Leman.

Ktik ktik ktik bunyi kalkulator ditekan.

“Haa tengok. Abah pun dapat 50% kan? Kakak cakap tak caye.”

“Ermm kalkulator rosak ni. Kalau harga kos RM40, jual RM80, mestilah untung 100%. Mana boleh 50% je. Pergi amik henfon abah.”, Leman tak puas hati.

Ktek ktek ktek bunyi kalkulator henfon ditekan.

“Kenapa dahi abah berkerut? Henfon abah pun rosak ke? Hehe.”

“Aduh.. kenapa dapat 50% je ni? Abis tu selama ni aku ingat bisnes aku untung 100% tu semua salah la rupanya. Patut la bisnes aku macam hidup segan mati tak mahu.”, keluh Leman di dalam hati.

Apa yang boleh anda belajar daripada cerita ini?

1) Apabila Leman kata untung sepatutnya 100%, yang dimaksudkan sebenarnya adalah Markup. Bukan Margin.

Ini beza formula Margin dan Markup:

Margin Untung = Untung / Harga Jual

Margin Untung = RM40 / RM80

Margin Untung = 50%

Markup Untung = Untung / Kos

Markup Untung = RM40 / RM40

Markup Untung = 100%

2) Pengiraan Markup akan menunjukkan yang anda banyak untung. Walaupun sebenarnya tidak.

20% Markup = 16.7% Margin

30% Markup = 23% Margin

40% Markup = 28.6% Margin

50% Markup = 33% Margin

100% Markup = 50% Margin

Untung 100% atau lebih dari itu sebenarnya tahyul.

3) Gunakan Margin apabila menentukan harga jualan. Kalau gunakan Markup, akan ada beberapa masalah yang timbul.

Contohnya kos-kos tersembunyi lain akan diabaikan. Maka harga jualan kurang tepat.

Untung boleh jadi nipis atau rugi terus.

4) Peratus Margin untung akan nampak kecil tapi itulah realitinya.

Apa guna gebang profit bisnes anda 100%, 500%, 900%, tapi sebenarnya yang hado!

Harap anda akan lebih berhati-hati buat kira-kira untuk bisnes.

Selepas anda gunakan Margin, harga jualan akan lebih tepat. Untung akan berlipat ganda naik. Bisnes akan bertambah stabil.

6 thoughts on “Beza margin untung dan markup untung.”

    1. Fadzil Norman

      Contoh: harga beli barang rm 100, dari harga barang ni terus tambah 10%= rm 111.10
      Gaji – rm 30
      POS- rm 8
      Upah pergi pejabat Pos- rm 2
      Total= rm151.10
      Dari jumlah total baru boleh buat final mark up..
      Min mark up 5%, max mark up 34%, jika mark up terlalu rendah akan buang masa, jika mark up terlalu tinggi customer x nak beli..
      Contoh nak mark 20% =
      151.10 mark up 20% = Rm 188.80

      Jika berjaya jual baru Kira keuntung sebenar..

      Barang rm 100
      Gaji rm 30
      POS rm 8
      Upah Pejabat pos rm 2
      Total rm 140
      Harga jualan rm 188.8..

      188.8 – 140= rm 48.8
      Jumlah keuntung mengikut % Adalah 25%.. sudah bertambah 5% keuntungan..
      Kiraan awal mark 20% kan, bila berjaya jual Kira semula keuntung jadi 25%.. keuntungan percen akan bertambah, jika keuntungan percen berkurang maknanya kiraan Marek up Ada problem..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top