Anda buat bisnes kan? Buat bisnes mesti nak untung kan?
Kalau nak tahu untung ke tidak, mesti tahu kira kos!
Saya dah jumpa ramai orang yang cuma perasan dia untung.
Padahal rugi dalam tak sedar. Sebab apa?
Sebab salah kira kos.
Cuba baca dialog di bawah:
A: Berapa untung cik untuk produk ni?
B: RM50 tuan..
A: Camne cik kira?
B: Kos produk ni RM40.. Saya jual RM90 tuan..
A: Pelanggan yang beli produk ni cik pos kan?
B: Betul..
A: Dah tu kenapa tak tolak kos pos?
B: Eh.. err kalau tolak kos pos dalam RM9.. jadi untung jadi RM41 tuan..
A: Mana cik dapat pelanggan ni semua?
B: Dari FB tuan.. saya pandai FB ads.. hehe
A: Oh. Nanti boleh la ajar saya. So kalau dah guna FB ads kena la tolak kos FB ads tu sekali.
B: Aduh.. macam mana nak kira plak tu?
A: Katakan last month cik spend FB ads RM300. Dapat 30 pelanggan. So kos untuk dapatkan 1 pelanggan RM10.
B: Okay..
A: So RM41 – RM10 jadi RM31. Inilah untung cik. Tapi ada lagi kos yang kena tolak sebenarnya.
B: Ada lagi?
A: Yelah. Guna FB pakai internet kan? Nak pergi pejabat pos naik kereta kan? Online pakai laptop kan? Dah tolak kos internet, petrol, elektrik ni semua?
B: Oh banyak rupanya kos yang saya tak kira..
A: Yup. Ini saya bagi kira-kira lebih kurang je. Nantilah ada masa kita sambung lagi. Susah sikit nak ajar pakai PM PM ni. Klien saya pun dah sampai.
B: Okay tuan terima kasih..
JENIS KOS
Kos ni terbahagi kepada 2.
Pertama, kos tetap.
Kedua, kos berubah.
PERBEZAAN KOS
Apa beza 2 kos ni?
Secara ringkas, kos tetap adalah kos yang tidak berubah mengikut peningkatakan jualan.
Bulan ni anda jual 1,000 unit. Bulan depan anda jual 10,000 unit. Kos anda tetap sama.
Kos berubah pula adalah kos yang berubah mengikut peningkatan jualan.
Bulan ni anda jual 1,000 unit, kos anda RM500. Bulan depan anda jual 10,000 unit, kos anda dah naik jadi RM5,000.
CONTOH KOS
Apa contoh kos tetap?
Contohnya macam sewa kedai, gaji, internet, hutang bank dan sebagainya.
Apa contoh kos berubah?
Contohnya macam stok produk, marketing, komisyen ejen, bahan mentah dan sebagainya.
KOS PER UNIT
Macam mana nak kira kos per unit?
Anggarkan berapa unit anda mampu jual sebulan. Katakan 2,000 unit.
Bila dah campur semua kos tetap dan berubah, kos keseluruhan anda adalah RM15,000 sebulan
Bahagikan kos keseluruhan sebulan dengan unit yang mampu dijual sebulan.
RM15,000 / 2,000 unit = RM7.50 kos per unit
SEMUA KOS
Senang cerita, apa saja yang bisnes anda gunakan adalah kos.
Walaupun anda berniaga dari rumah, tetap kena masukkan kos-kos terlibat macam internet, elektrik, air dan sebagainya.
Kalau tak dimasukkan, maknanya perbelanjaan peribadi andalah yang menanggung kos bisnes selama ini.
Lepas anda dah kira semua kos ni, baru lah anda boleh tetapkan harga jualan.
Kalau tak, mungkin harga jualan anda tu tak dapat cover pun kos anda.
Rugilah jadinya!
Salam, adakah bayaran kwsp pekerja dan majikan dimasukkan sebagai harga kos?
Betul.