fbpx

Ayat promosi produk Raya.

0 Shares
ayat promosi raya

Setiap tahun kita akan menyambut Hari Raya.

Seperti biasa, promosi shopping Raya bertambah giat bila Ramadan menjelma.

Taktik paling peniaga kita suka guna adalah bagi diskaun dan turunkan harga.

Maka akan bertebaranlah ayat promosi begini:

Jimat sehingga RM50!

Diskaun gila-gila 40%

Kos serendah RM80.



Salah ke nak guna ayat promosi macam ni?

Tak salah. Cuma anda boleh buat lebih baik lagi.

Dulu saya pernah buat survey di Facebook.


Antara 2 ayat promosi di bawah, pembaca akan membeli daripada ayat yang mana?

A) Anda boleh jimat RM90 apabila dapatkan baju daripada kami dan bukan daripada jenama lain.

B) Anda boleh jimat RM90 apabila dapatkan baju daripada kami dan gunakan duit tersebut untuk beli kasut raya baru.


Hasil survey?

90% pilih ayat B!

Kenapa majoriti pilih B?

Ini jawapannya.


Ayat promosi A menyatakan yang pelanggan boleh jimat RM90.

Manfaat ini pasti menarik perhatian pelanggan.

Tapi sayangnya, tak ramai pelanggan yang boleh olah atau membayangkan manfaat tersebut.


Berbeza dengan ayat promosi B.

Pelanggan dapat bayangkan dengan jelas manfaat yang mereka akan dapat dengan penjimatan tersebut.

Maka ayat promosi B lebih berpengaruh untuk membuatkan pelanggan membeli.


Ini contoh tambahan.

Ini ayat promosi yang boleh dijadikan panduan.

Katakan anda jual jubah dan nak bagi diskaun RM50 kepada pelanggan.

“Anda dapatkan jubah XYZ dan kami beri diskaun RM50 supaya anda boleh beli tudung raya baru.”


Katakan anda ada bengkel dan nak buat promosi servis kereta sebelum balik kampung.

“Sebelum balik kampung, servis kereta anda di bengkel kami dan dapatkan penjimatan sehingga RM30. Boleh guna untuk bayar tol kan?”

Semoga perkongsian saya ini boleh bantu anda buat ayat promosi yang lebih baik untuk musim Raya tahun ni.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet