fbpx

5 teknik headline power dapatkan perhatian pelanggan.

0 Shares

Ini 5 teknik yang telah bantu saya tulis headline power untuk dapatkan perhatian pelanggan!

Anda tinggal isi tempat kosong je.

Tapi sebelum anda isi, kena kenal pelanggan dulu.


Tahu apa impian mereka?

Tahu apa keinginan mereka?

Tahu apa cita-cita mereka?

Tahu apa “sebenarnya” mereka nak?

Dan banyak lagi lah.


Kalau tak, ntah apa benda diisinya nanti pun tak tahu.

Pakai ikut sedap sendiri.

Padahal bukan itu yang pelanggan nak.


Saya berikan contoh-contoh untuk bisnes tuisyen dan bisnes kecantikan.

Kalau anda buat bisnes lain macam servis urut ke pandai-pandailah fikir sendiri.

Tak susah pun.


TEKNIK HEADLINE POWER 1

Teknik headline yang popular. Bocorkan rahsia yang pelanggan nak tahu.

“Rahsia ______ .”

Contoh:

+ Rahsia Kekal Cantik Di Usia Senja.

+ Rahsia Lulus Peperiksaan Dengan Cemerlang.


TEKNIK HEADLINE POWER 2

Teknik headline ni fokus kepada rasa tak puas hati atau rasa malu.

“Miliki _____ Yang Boleh Anda Banggakan.”

Contoh:

+ Miliki Wajah Cantik Yang Boleh Anda Banggakan.

+ Miliki Anak Pintar Yang Boleh Anda Banggakan.


TEKNIK HEADLINE POWER 3

Apa contoh paling hebat untuk apa yang pelanggan nak?

“_____ Umpama [contoh paling hebat]”

Contoh:

+ Cantik Umpama Siti Nurhaliza.

+ Pandai Umpama Adi Putra.


TEKNIK HEADLINE POWER 4

Ini teknik headline untuk orang yang semua nak cepat. Siapa tak suka masalah dia selesai cepat kan?

“Ini Cara Cepat Untuk _____ .”

Contoh:

+ Ini Cara Cepat Untuk Hilangkan Jerawat.

+ Ini Cara Cepat Untuk Hafal Sifir.


TEKNIK HEADLINE POWER 5

Teknik headline ni anda bagi tau siapa yang dibantu dan apa masalah yang diselesaikan.

“Inilah Cara Yang Telah Membantu _____ Untuk _____ .”

Contoh:

+ Inilah Cara Yang Telah Membantu Wanita Berkerjaya Untuk Lebih Berkeyakinan Di Pejabat.

+ Inilah Cara Yang Telah Membantu Pelajar SPM Untuk Mendapat Semua A.


Itulah dia 5 teknik untuk tulis headline power.

Antara 5 teknik ni yang mana satu anda akan guna?

Cubalah guna. Mesti mampu untuk tarik perhatian pelanggan.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet