fbpx

Lubuk emas dalam ayat copywriting.

0 Shares
psikologi iklan

Anda jenis orang yang baca satu per satu perkataan atau scan je?

Kalau anda lebih suka scan je, bermakna anda tergolong di kalangan majoriti pembaca online.

Mengikut sebuah kajian, 79% peserta cuma scan apa yang mereka baca di website.

Hanya sebilangan kecil yang baca kesemuanya.

Jadi apa anda akan buat bila dah tahu majoriti cuma scan je bila membaca?


“I akan tulis dalam poin-poin. Atau buat perenggan pendek je. So senanglah orang nak baca.” 🙂

Boleh juga.

Tapi perlu untuk anda pastikan, maklumat penting yang nak disampaikan diletakkan di tempat betul.

“Macam mana tu?” 🤔


Cuba anda baca perkataan di bawah sekali jalan:

Ayam
Itik
Kambing
Lembu
Tenggiling
Landak

Keldai
Tapir
Kerbau
Babi


Sekarang tutup mata anda. Cuba sebutkan semula semua perkataan yang anda baca tadi. Saya bagi masa.

psikologi iklan



Sudah? Apa perkataan yang anda berjaya sebut? Apa pula yang gagal?

Saya jamin majoriti berjaya sebut ayam dan babi.

Tapi yang tengah-tengah tu ramai yang gagal sebutkan semua dengan betul.

Kenapa saya konfiden?

Ada sekumpulan peserta dibacakan satu set perkataan.

Apabila diminta untuk ulang semula perkataan-perkataan tersebut, majoriti peserta menyebutkan perkataan terawal atau terakhir dengan betul.

Perkataan yang berada di tengah-tengah banyak salah disebut semula.

Perkataan terawal ini kita panggil sebagai PRIMACY. Perkataan terakhir pula kita panggil sebagai RECENCY.


Apabila menulis iklan, letakkan maklumat penting yang anda nak sampaikan pada permulaan atau akhir ayat copywriting.

Pembaca akan lebih mudah tangkap dan ingat maklumat penting yang anda nak sampaikan.

Awal dan akhir ayat copywriting adalah spot paling bernilai dalam iklan anda.

Di situlah lubuk emas dalam ayat copywriting!

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet