Perkataan power: Sebab..

Bagi sebab dan pelanggan akan beli.

Kajian ni dibuat di sebuah perpustakaan pada tahun 1977 oleh Ellen Langer.

Semasa orang sedang beratur untuk gunakan mesin fotostat, beliau akan datang untuk potong barisan.

Beliau gunakan 3 ayat di bawah:

1) Maaf ye. Saya ada 5 page je. Boleh saya guna dulu?

2) Maaf ye. Saya ada 5 page je. Boleh saya guna dulu sebab saya kena cepat?

3) Maaf ye. Saya ada 5 page je. Boleh saya guna dulu sebab saya kena fotostat?


Apa jadi lepas kajian ni dibuat?

“Maaf ye. Saya ada 5 page je. Boleh saya guna dulu?”

60% orang yang sedang beratur bagi potong barisan selepas beliau hanya meminta untuk memotong barisan.

“Maaf ye. Saya ada 5 page je. Boleh saya guna dulu sebab saya kena cepat?

94% orang yang sedang beratur bagi potong barisan selepas beliau meminta dengan berikan sebab munasabah.

“Maaf ye. Saya ada 5 page je. Boleh saya guna dulu sebab saya kena fotostat?”

93% orang yang sedang beratur bagi potong barisan selepas beliau meminta dengan berikan sebab yang tak munasabah.


Kenapa 93% orang bagi beliau potong barisan walaupun dengan hanya berikan sebab yang tak munasabah?

Ia adalah kerana perkataan SEBAB!

Ini menunjukkan dengan hanya menggunakan perkataan yang betul dalam iklan dan copywriting, anda boleh mempengaruhi pelanggan.


Cuba gunakan SEBAB untuk dapatkan pelanggan baru.

“Tuan perlu cuba produk ini sebab ……….”

Cuba gunakan SEBAB untuk pelanggan cepat buat bayaran.

“Cik boleh bank in sekarang sebab ……….”

Cuba gunakan SEBAB untuk tingkatkan jualan anda.

“Puan kena ambil pakej premium sebab ……….”


Sebaiknya kita bagilah sebab yang munasabah supaya lebih berkesan dan berpengaruh kepada pelanggan.

Walaupun hasil daripada kajian menunjukkan tak jauh perbezaan sebab munasabah dan tidak, cuba elakkan untuk bagi sebab yang tak munasabah macam ni..

“Tuan kena beli produk ni sebab saya dah seminggu tak ada sales.” ?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top