fbpx

Pelanggan beli 2x ganda lebih banyak!

0 Shares

Pernah dengar peribahasa ni?

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

“Oh pernah masa sekolah dulu. Tapi dah lupa maksud dia.” ๐Ÿ˜…

Maksud dia.. tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian, kita harus tahu berterima kasih.

psikologi iklan

Cornell University ada buat satu kajian.

Peserta dibawa ke sebuah bilik. Diminta untuk menilai hasil seni.

Ada seorang staf yang bertugas di dalam bilik tersebut.

Dia akan keluar bilik dan masuk balik.

Bila masuk, kadang-kadang dia bawa sekali air Coke.

1 dia punya. 1 lagi dia bagi peserta. Konon terbawa lebih.

psikologi iklan

Bila peserta dah selesai menilai hasil seni dan nak keluar bilik, dia minta tolong dengan peserta.

โ€œBoleh tak beli tiket ni? Lagi banyak awak beli, lagi cerah peluang saya untuk menang hadiah.โ€

Dia buat perkara yang sama kepada semua peserta.

Didapati peserta yang terima air Coke, akan beli 2x ganda lebih banyak tiket daripada yang tak terima.

Lumrah manusia untuk membalas budi kepada mereka yang telah memberi.


Bagaimana anda boleh menggunakan lumrah ini dalam iklan dan copywriting?

Bagi, beri dan sumbang!

โ€œNak bagi apa?โ€ ๐Ÿค”

Bagi manfaat sebanyak-banyaknya kepada bakal pelanggan anda.

Sampai mereka rasa terhutang budi.

Sampai mereka rasa bersalah kalau tak membeli.

Atau sekurang-kurangnya, sampai sudi bantu bisnes anda dikenali.


โ€œSaya buat bisnes katering. Apa boleh saya bagi?โ€ ๐Ÿ˜“

Cuba kongsikan resepi masakan kepada bakal pelanggan.

Atau kongsikan video cara memasak.

psikologi iklan

โ€œTapi nanti orang tak amik la servis katering saya. Sebab dah pandai masak.โ€ ๐Ÿ˜ฅ

Cuba fikir betul-betul.

Pelanggan ambil servis katering sebab mereka tak pandai masak ke?

Sebab mereka tak pandai nak Google resepi masakan ke?

Mereka ambil sebab nak mudahkan urusan, tak ada masa nak masak banyak dan malas nak buat sendiri.

Bukannya sebab mereka tak tahu resepi atau tak tahu masak.


Jadi kongsi je. Bagi manfaat banyak-banyak kepada pelanggan.

Bagi mereka gembira dengan perkongsian anda. Bagi mereka suka dengan anda.

Tunjukkan kepakaran dan kemampuan anda. Bagi mereka yakin dan percaya dengan anda.



Sambil-sambil berkongsi tu, bagitahu apa servis anda? Apa produk anda? Bagaimana nak dapatkan?

Percayalah.. sebahagian mereka yang menerima manfaat daripada perkongsian anda akan bertukar menjadi pelanggan.

Setiap kebaikan ada balasannya.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet