fbpx

Pelanggan akan kata Ya!

0 Shares

Anda nak buat iklan untuk bisnes?

Anda nak tulis copywriting yang mampu pengaruhi bakal pelanggan?

Kali ni saya nak cerita tentang sebuah kajian yang dilakukan di bandar New York.

Lebih tepat, ia dilakukan di pantai bandar New York.

psikologi iklan

Kajian ini dilakukan oleh ahli psikologi bernama Thomas Moriarty.

Beliau menyuruh pembantu pertama untuk pergi ke pantai dengan membawa sebuah radio.

Pembantu itu akan bentangkan kain, duduk berdekatan pengunjung pantai yang lain dan mendengar radio.

Sampai masa, dia akan pergi dan tinggalkan radio tersebut.


Tak lama selepas itu, datang pembantu kedua yang menyamar sebagai pencuri.

Dia akan curi radio tersebut dan lari.

Selepas beberapa kali mengulangi kajian ini terhadap pengunjung-pengunjung di pantai, hanya 20% yang mengejar pencuri.

Kemudian mereka buat kajian yang sedikit berbeza.

psikologi iklan

Kali ini pembantu pertama tadi akan minta tolong dengan pengunjung pantai yang duduk berdekatan untuk tengokkan radio tersebut.

Apabila pembantu kedua datang untuk mencuri, 95% daripada mereka akan mengejarnya.

Sebagai manusia, kita akan beri komitmen terhadap sesuatu yang telah dipersetujui bersama.

Kita akan rasa malu atau tercabar apabila tak mampu untuk berikan komitmen tersebut.


Bagaimana untuk gunakan hasil kajian ini dalam iklan dan copywriting anda?

Cuba dapatkan komitmen daripada bakal pelanggan.

Sebagai permulaan, cukup dengan komitmen yang kecil.

Anda boleh tulis sesuatu yang buatkan bakal pelanggan berkata YA dalam kepala.

Ini akan memudahkan kerja anda untuk mereka berikan komitmen yang lebih besar nanti.

psikologi iklan

Cuba lihat apa yang saya tulis mula-mula tadi.

Tanpa sedar atau tidak, minda anda sedang mengiyakan kenyataan di atas.

Anda nak buat iklan untuk bisnes? (Ya..)

Anda nak tulis copywriting yang mampu pengaruhi bakal pelanggan? (Betul tu..)

Inilah komitmen kecil yang sedang diberikan terhadap kenyataan tersebut.

Jadi pastikan anda dapatkan komitmen kecil dulu sebelum anda minta bakal pelanggan untuk bagi komitmen lebih besar seperti mengisi borang atau buat pembelian.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet