fbpx

Psikologi iklan: Gunakan 4 hasil kajian pengiklanan ini.

0 Shares
psikologi iklan

Masa saya tengok iklan ni, saya rasa pelik.

“Dah kenapa Pantene amik baby jadi model? Pantene mana ada shampoo untuk baby.”

Saya tengok iklan ni betul-betul dan terfikir.

“Tebal betul rambut budak ni. Cantik pulak tu. Ke rambut palsu?”

Hasil menggoogle, baru saya tahu nama dia Chanco.

Insta famous lagi. Ada hampir 400k followers.

“Oh mungkin sebab nilah Pantene amik dia jadi model.”

Tapi saya tetap tak puas hati sebab ini bukan iklan shampoo baby.


Jadi saya pun terus menggunakan kuasa internet untuk menjawab persoalan yang membelenggu minda.

“Oh macam tu.. psikologi iklan”

Rupa-rupanya baby boleh menarik orang untuk tengok iklan kita.

Itu sebablah kita boleh jumpa iklan-iklan yang gunakan baby sebagai model.

Walaupun produk atau servis yang diiklankan tu tak ada kaitan dengan baby.

Kena pula baby tu comel, tersenyum, buat muka macam minta kena cium.

Lagilah boleh menarik perhatian orang.

psikologi iklan

Ada kajian dibuat di Australia tentang pengiklanan dan baby.

Mereka gunakan ‘eye tracking technology’ untuk mengesan di mana orang akan pandang pada iklan yang ada gambar baby.

Apabila baby tu pandang ke depan, mata kita akan pandang dia balik.

Itulah pandangan pertama kita.

Di situlah paling lama kita pandang.

Itu sebab warnanya merah menyala.

Bahagian lain macam headline dan copywriting jadi kurang dipandang.


Saya sendiri pun bila nampak iklan ada gambar orang yang pandang ke depan, saya akan pandang dia dulu.

Kemudian baru saya akan baca benda lain dalam iklan tu.

psikologi iklan

Tapi apa jadi bila gambar baby dalam iklan tadi pandang pula ke arah headline dan copywriting?

Muka baby masih menjadi ‘hot spot’.

Cuma sekarang headline dan copywriting pun jadi ‘hot spot’.

Kalau tadi kita banyak pandang ke arah muka baby, sekarang kita juga banyak pandang kepada headline dan copywriting dalam iklan tu.


Jadi apa boleh kita belajar daripada kajian psikologi iklan ni?

1) Gambar manusia (terutamanya baby) boleh menarik perhatian orang untuk tengok iklan kita. 

2) Muka model manusia akan jadi tumpuan utama.

3) Orang akan pandang di mana model memandang.

4) Tetapkan pandangan model ke arah spot yang kita mahu orang berikan perhatian.


Saya sendiri dah cuba psikologi iklan ni. Buat iklan di FB dan IG.

Iklan tu antara yang banyak bagi leads berbanding iklan lain.

Cubalah!

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet