fbpx

Kenapa pasang iklan terbalik?

0 Shares

Kita buat iklan. Tapi orang tak perasan pun iklan tu.

Tenggelam dalam lambakan iklan. Rasanya iklan tu boleh datangkan hasil yang diharapkan tak?

“Mungkin tidak..” 😞

Betullah tu.

Kalau iklan kita gagal menangkap perhatian, macam mana mesej nak disampaikan?

Jadi cuba gunakan taktik psikologi iklan ni.

psikologi iklan

Ada 1 iklan hartanah dibuat. Di sebuah laman web ala-ala iProperty.

Iklan ni bersaing dengan 11,661 iklan hartanah yang lain.

Ada 1 perubahan dibuat yang memakan masa tak sampai seminit.

Gambar iklan tersebut diterbalikkan. Hasilnya?

CTR meningkat lebih 230%!

Bermakna makin ramai orang yang klik iklan tersebut lepas ternampak gambar rumah terbalik tu.

psikologi iklan

Di Indonesia, Lazada pernah pasang billboard terbalik. Sampai kecoh netizen di sana bercerita pasal iklan tersebut.

Bila ditanya kepada Chief Marketing Officer kenapa pasang billboard terbalik, ini jawapan beliau.

“Di Lazada kami berusaha untuk lakukan inovasi dalam pelbagai bidang termasuk marketing. Untuk tahun ini kami mengambil tema Diskaun Menggoncang Semesta. Kuat sangat goncangannya sampai terbalik billboard.”


Tapi apa akan jadi bila iklan lain pun tiru taktik psikologi iklan yang sama?

CTR pasti turun.

Iklan anda akan kembali tenggelam bersama ribuan iklan yang lain.

Tapi asasnya tetap sama ye. Jadi berbeza.


Orang tak letak emoji pada headline, kita cuba letak.

Orang guna gambar jpg yang tak bergerak, kita cuba guna gif yang bergerak.

Orang lain guna gambar berwarna, kita cuba hitam putih.

Cuba jadi berbeza. Pastikan dengan berstrategi.

Dan paling penting, masih beretika.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet