fbpx

Jual 13,001 unit!

0 Shares

Anda ada kawan baik. Kawan baik anda ajak keluar lepak mamak.

Anda akan tolak ke ajakan kawan baik anda ni?

Selalunya tidak. Walaupun anda tengah tengok tv atau dah nak tidur, anda tetap keluar dengan dia.

Begitulah kita dengan orang yang kita suka.


psikologi iklan

Joe Girard dikatakan sebagai penjual kereta nombor 1 di dunia.

Beliau telah menjual sebanyak 13,001 unit kereta dalam masa 15 tahun.

Masa ni FB ads, IG ads apa bagai pun belum wujud.

Apa rahsia beliau?

Law of 250.


Setiap orang ada lebih kurang 250 orang yang akan datang ke majlis perkahwinan atau pengkebumian mereka.

Beliau sedar, kalau dapat buat seorang pelanggan sukakan beliau, beliau berpeluang untuk dapat 250 pelanggan lagi.

Tapi kalau seorang pelanggan dah bencikan beliau, beliau akan kehilangan peluang untuk dapat 250 pelanggan baru.


Lebih mudah untuk beliau dapat pelanggan baru yang telah direkemen oleh pelanggan lama yang sukakan beliau.

Lebih mudah untuk beliau close sales berbanding dengan orang yang datang ke showroom dan tak mengenali beliau.


Disebabkan inilah beliau akan pastikan semua pelanggan sukakan beliau.


Bagaimana nak buat pelanggan sukakan anda melalui iklan dan copywriting?

Bagitahu kenapa anda buat bisnes.

Contoh:

Pet Shop & Hotel

psikologi iklan

Bagitahu anda buka Pet Shop & Hotel ni sebab dari kecil anda dah sukakan binatang. Bila tengok kucing terbiar tepi jalan, anda akan bawa balik dan bela.

Bakal pelanggan anda mungkin berkata:

“Eh perangai dia sama macam aku. Aku pun kalau jumpa kucing tepi jalan akan bawak balik bela. Tak sampai hati nak tinggalkan.” 🙂

“Baguslah dia ni. Memang betul-betul sayangkan binatang. Kalau aku balik kampung nanti, boleh la tinggalkan Si Tompok dekat kedai dia.” 😊


Selalu berhubung dengan bakal pelanggan.

Contoh:

FITNESS TRAINER

psikologi iklan

Kongsikan tip-tip berguna kepada bakal pelanggan anda. Biar mereka boleh dapat manfaat dulu sebelum menjadi pelanggan anda.

Bakal pelanggan anda mungkin berkata:

“Rajin betul dia ni hantar emel hari-hari kat aku. Macam-macam dah tip bersenam yang dia share. Nanti ada duit memang aku nak amik dia jadi Fitness Trainer. Cepat sikit kurus.” 😁

“Resepi apa pulak dia share kat FB hari ni. Ayang panggang sedap rendah kalori? Wah kena cuba ni. Aku dah la suka makan ayam. Jap nak klik share dulu nanti senang cari balik resepi ni.” 😋


So macam mana anda nak buat bakal pelanggan sukakan anda?

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet