fbpx

Naikkan jualan 10%!

0 Shares

Anda keluar dengan kawan-kawan.

Sampai masa makan malam, anda ajak mereka makan.

Tapi tak tahu nak pergi makan mana?

Bila ditanya, sorang-sorang cakap jom makan kat KFC.

Anda pun ikut jelah. Go with the flow.

Mesti anda pernah lalui situasi macam ni.

Social proof telah berlaku.

psikologi iklan

Ini kajian yang telah dibuat untuk industri perhotelan.

Tetamu hotel selalunya akan minta tuala ditukar setiap hari.

Perkara ini menyebabkan pihak hotel kena keluarkan kos lebih banyak untuk mencuci.

Dan ini tidak baik untuk imej hotel kerana dilihat seperti tidak peduli isu penjagaan alam sekitar.

Pengkaji cuba menggunakan social proof untuk menambah bilangan tetamu yang menggunakan tuala semula.


Bagaimana mereka lakukan?

KUMPULAN TETAMU PERTAMA

Mereka tinggalkan nota di bilik hotel.

Nota tersebut tertulis:

Tolong guna semula tuala.
Selamatkan alam sekitar.



KUMPULAN TETAMU KEDUA

Mereka tinggalkan nota di bilik hotel.

Nota tersebut tertulis:

Tolong guna semula tuala.
Selamatkan alam sekitar.
Hampir 75% tetamu hotel menggunakan semula tuala.



Hasilnya?

KUMPULAN TETAMU PERTAMA
35% menggunakan semula tuala.

KUMPULAN TETAMU KEDUA
45% menggunakan semula tuala.


10% perbezaan antara kumpulan pertama dan kedua.

Ternyata kumpulan kedua terpengaruh dengan ayat social proof yang ditulis pada nota.


Bagaimana anda boleh gunakan social proof untuk iklan dan copywriting?

Anda boleh bagitahu berapa ramai yang dah gunakan servis atau yang dah beli produk anda.

Contoh:

“Sudah 230 orang tetamu menikmati keselesaan homestay kami. Anda bila lagi?”

“Hari ini sudah lebih 1,000 wanita Malaysia yang menggunakan krim XYZ. Pastikan krim ini menjadi pilihan anda juga.”


Cara lain anda boleh kongsikan testimoni pelanggan, jumlah followers, reviews daripada influencer atau pengiktirafan daripada pakar.


“Berbaloi ke nak buat taktik psikologi copywriting ni?” 🙄

Cuba anda fikir.. katakan jualan anda sekarang RM20,000 sebulan.

Dengan hanya menambah taktik psikologi dalam copywriting, anda dapat naikkan jualan sebanyak 10%.

Dah dapat RM2,000 ekstra.


Bukan kena tambah bajet iklan pun. Cuma tambah taktik psikologi dalam copywriting.

Itu je. Tak berbaloi ke?

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet