fbpx

Psikologi iklan: Makanan yang ditembak dari senjata?

0 Shares

Manusia ni ada ‘sifat ingin tahu’.

Selagi tak tahu, dia rasa gelisah.

Dia kena buat sesuatu untuk hilangkan kegelisahan tu.

Barulah dia rasa lega.


Jadi macam mana kita boleh gunakan ‘sifat ingin tahu’ ni dalam iklan?

Paling mudah, gunakan dalam tajuk iklan atau headline.

Ini benda terawal yang prospek akan baca.

Headline yang betul akan buat prospek baca iklan kita sampai habis.

psikologi iklan

Contohnya macam iklan makanan ni. Iklan lama. Zaman tok nenek kita.

FOOD SHOT FROM GUNS OF PEACE

Prospek yang membaca akan terfikir..

“Makanan yang ditembak dari senjata? Makanan apa ni?”

“Macam mana senjata boleh tembak makanan? Baik aku baca.”



Tajuk iklan ni menimbulkan ‘rasa ingin tahu’ prospek.

Rasa ni membuak-buak.

Persoalan ni perlu dijawab.

Jadi dia pun baca iklan sampai habis untuk menjawab persoalan. 

Iklan ini telah mengubah nasib Quaker Oats menjadi bisnes makanan yang menguntungkan.


Kita yang menulis iklan, kena faham psikologi manusia.

Lebih banyak yang kita tahu, lebih baik.

Kita kena tahu.. untuk dapatkan respon X daripada prospek, apa perkara Y yang kena dibuat?

Bila dah tahu, baru iklan kita boleh hasilkan keuntungan.

Baru kesilapan boleh dielakkan.

Takdelah rugi je buat iklan.


Salah seorang usahawan yang kami consult pun mempergunakan ‘rasa ingin tahu’ ni.

Guna untuk apa?

Untuk buat prospek bagi perhatian kat iklan beliau.

Lebih spesifik, iklan yang beliau buat kat IG.

Tapi beliau tak gunakan pada headline.

Beliau gunakan pada gambar.

Yelah, kat IG ni kan orang fokus pada gambar dulu.


Jadi beliau gunakan taktik psikologi iklan yang saya ajar untuk buat prospek bagi perhatian.

Tak perlu risau iklan berlalu sepi begitu saja.

Bila prospek tengok iklan beliau, terus timbul ‘rasa ingin tahu’.

Terus prospek baca iklan beliau.

Terus prospek order.

Kaching!


“Wah tuan pandai buat IG ads ke? Boleh tolong ajar?” 🤗

Err terus terang cakap, tak berapa pandai.

IG ads ke FB ads ke saya buat cara biasa-biasa je.

Memang tak reti teknikal advance tu semua.

Saya lebih tekankan psikologi iklan daripada teknik.

Psikologi iklan ni kita boleh belajar sekali dan guna banyak kali.

Teknik iklan ni pulak, apa yang kita belajar hari ni bulan depan mungkin dah tak relevan.


Oh kalau nak tahu, gambar yang beliau guna tu bukan gambar baru pun.

Beliau guna je balik gambar lama.

Cuma beliau edit sikit gambar tu ikut taktik psikologi iklan yang saya ajar.

Anda pun boleh buat. 

Tak sampai seminit pun. Mudah dan cepat.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet