fbpx

Psikologi ayat iklan daripada Ikea dan profesor.

0 Shares

Hari ni kita belajar psikologi ayat iklan daripada Ikea dan seorang profesor.

Ada 1 iklan Ikea ni.

Sebelah, dia tunjuk gambar seorang wanita dengan wajah sedih.

Wanita tu berdiri bersebelahan dengan sebuah kabinet yang ada sepasang kasut.

Kemudian bawah iklan tu tertulis..

“Kabinet ditempah khas ($1670) + sepasang kasut ($30) = $1700.”


Sebelah lagi, dia tunjuk gambar seorang wanita dengan wajah berseri-seri bersama anaknya.

Mereka berdiri di depan kabinet Ikea yang nampak moden dan dipenuhi dengan kasut.

Kemudian bawah iklan tu tertulis..

“Kabinet ($245) + 48 pasang kasut ($1440) = $1685.”

Apa yang anda dapat belajar daripada iklan Ikea di atas?


Ini apa yang saya dapat belajar.

Ikea bukan saja bagitahu yang pelanggan boleh jimat dengan membeli kabinet mereka.

Ikea juga bagitahu pelanggan boleh dapatkan benda lain yang mereka mahu dengan penjimatan tersebut.


Mereka nyatakan dengan copywriting dan mereka tonjolkan dengan gambar.

Sebodoh-bodoh pelanggan pun boleh tangkap mesej yang mereka cuba sampaikan.


“Betul ke apa kau cakap ni? Jangan main tembak je.” 😏

Okey cuba anda bayangkan perkara ni.

Anda masuk kedai video. Kedai video ni sedang buat sale!

Kebetulan video yang dibuat sale tu ada pelakon kegemaran anda dalam filem yang anda minat.

Anda boleh beli dengan harga $14.99 je.

Apa yang anda akan buat?

A) Beli video tu.
B) Tak beli.


Kalau jawapan anda A, anda samalah dengan majoriti orang yang juga pilih untuk membeli.

Sebenarnya kajian ini telah dibuat oleh profesor Shane Frederick.

75% orang pilih untuk beli dan 25% tidak.


Kemudian profesor ni buat kajian yang sama pada kumpulan yang lain.

Cuma kali ni dia tukar ayat tu jadi:

A) Beli video tu.
B) Tak beli. Simpan $14.99 untuk beli benda lain.


Hasilnya?

55% orang pilih untuk beli dan 45% tidak.

Yang pilih untuk tak beli meningkat 20%!


“Tapi perlu ke nak bagitau dengan detail? Pandai-pandai la pelanggan pikir nak buat apa.” 🙄

Sebenarnya tak perlu pun. Anda boleh je tulis ayat iklan ikut suka hati.

Tapi cuba fikir. Apa jadi bila anda dapat tulis ayat iklan cara begini?


Katakan dengan ayat iklan sekarang anda dapat 100 pelanggan sebulan.

Setiap pelanggan bagi margin untung RM50. Total untung RM5,000.

Dengan ayat iklan yang diubah lebih baik, anda boleh tingkatkan jumlah pelanggan sehingga 20%.

Pelanggan bertambah 20. RM50 x 20 = RM1,000.

Total untung naik jadi RM6,000!

Tak nak ke?

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet