fbpx

Perkataan power: Percuma!

0 Shares

Anda suka dapat benda percuma?

Saya pun. Rasanya semua orang pun sama.

Perkataan PERCUMA ada kuasa yang luar biasa.

Ia dapat tukarkan prospek menjadi pelanggan. Dan dapat bantu meningkatan jualan.

Amazon pernah tawarkan penghantaran percuma untuk jumlah pembelian tertentu. Akibatnya jualan mereka meningkat.

Tapi Amazon Perancis tak ikut. Mereka cuma tawarkan kos penghantaran yang sangat rendah iaitu 1 Franc.

Kalau dalam RM tak sampai seringgit pun.

Mungkin anda fikir antara penghantaran percuma dan kos RM1 tak akan ada kesan perbezaan.

Tapi nampaknya tak begitu.

Apabila Amazon Perancis ikut sama bagi penghantaran percuma, jualan mereka juga meningkat dengan mendadak.


Anda tak semestinya kena bagi penghantaran percuma atau hadiah percuma untuk mempergunakan perkataan PERCUMA.

Ini bagaimana kami gunakan perkataan PERCUMA dalam copywriting untuk menarik minat audien dan pelanggan:

Bagaimana Ikea & Apple gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan. [Ebook Percuma]

3 cara untuk menang dalam Perang Harga! [Video Percuma]

4 kesilapan pengiklanan yang biasa bisnes kecil buat. [Poster Percuma]

Belajar secara online bina sistem ejen 6-7 angka! [Daftar Percuma]



Bagaimana nak gunakan perkataan PERCUMA dalam iklan dan copywriting anda?

Anda boleh tawarkan bonus percuma kepada pelanggan.

Anda boleh tawarkan sebut harga percuma kepada prospek.

Anda boleh tawarkan tip percuma kepada audien.

Letakkan perkataan PERCUMA di headline atau CTA copywriting anda.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet