fbpx

Copywriting power: Ciri-ciri vs Manfaat

0 Shares

Nak buat ayat copywriting power ni bukan susah.

Tapi ramai usahawan gagal terangkan manfaat produk atau servis mereka kepada pelanggan.

Asyik-asyik bagitahu pasal ciri-ciri.

Hakikatnya, pelanggan membeli manfaat.

Bukannya ciri-ciri.

Jadi kenapa beria bercerita pasal ciri-ciri je?


Kadang-kadang, pelanggan tak boleh faham bila kita bagitahu pasal ciri-ciri tu.

Contoh:

“Tudung ni diperbuat daripada fabrik XYZ.”

Bukan semua pelanggan dah tahu apa manfaat fabrik XYZ ni kepada mereka.

Jadi mereka mungkin terpinga-pinga.


Kita kena lanjutkan lagi penerangan kepada mereka.

Bagitahu apa manfaat fabrik XYZ.

Contoh:

“Tudung yang diperbuat dengan fabrik XYZ ni tak payah gosok.
Tudung akan sentiasa nampak licin.
Tak payah nak gosok selalu macam tudung lain.
Jadi dah jimat masa cik.
Takdelah kelam kabut masa nak keluar atau pergi kerja.”



Okey, dah nampak kan beza ciri-ciri dengan manfaat?

Tahu tak apa manfaat untuk produk atau servis anda?

“Err tak pasti.” 😅

Hehe takpe.

Saya bagi anda 1 teknik untuk mudah cungkil apa manfaat produk atau servis anda.


TEKNIK SO WHAT

copywriting power

Katakan anda jual oven.

Oven anda ni antara ciri-ciri dia adalah cepat panas.

Jadi tanyakan soalan So What kat ciri ni.


Contoh:

“Oven ni cepat panas.”

So what?

“Makanan jadi cepat masak.”

So what?

“Boleh hidangkan dengan segera untuk makan bersama keluarga.”

So what?

“Anda tak stres nak tunggu lama-lama. Keluarga anda pun tak kelaparan menunggu makanan siap. Semua orang boleh cepat dapat makan bersama dengan gembira.”


Sekarang cuba tengok apa ciri-ciri produk atau servis anda?

Kemudian tanya soalan So What ni beberapa kali sampai anda boleh dapat manfaat sebenar kepada pelanggan.

Anda pun boleh bagitahu kat kotak komen di bawah apa manfaat tersebut.

Nanti saya boleh tolong check betul ke tak? 


Ingat..

Manfaat adalah sebab kenapa pelanggan membeli.

Bagitahu bagaimana manfaat tersebut boleh jadikan hidup mereka lebih baik.

Baru menjadi copywriting power!

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet