fbpx

Perkataan power: Bagaimana?

0 Shares

Macam mana?

Anda selalu dengar perkataan ni. Dari kawan-kawan atau keluarga.

“Macam mana kerja?”

“Macam mana buat ni?”

“Macam mana nak pergi sana?”



Jadi perkataan ni dah sebati dalam diri. Mudah diterima.

Adik-beradik kepada macam mana adalah bagaimana.

BAGAIMANA adalah antara perkataan yang sangat berpengaruh dalam copywriting.


Kalau anda suka baca blog, mesti perasan headline artikel yang ada perkataan BAGAIMANA selalunya jadi antara artikel popular.

“Bagaimana gadis ini turun berat badan 10kg dalam seminggu tanpa bersenam.”

“Bagaimana menjadikan ruang tamu anda nampak baru dengan hanya menggunakan perabut lama.”

“Bagaimana Ikea & Apple gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan.”



Keberkesanan perkataan BAGAIMANA boleh menjadi lebih baik apabila dipadankan dengan manfaat yang spesifik.

Contoh:

“Bagaimana Puan Zafirah dapatkan jualan RM58,000 dalam masa 10 hari dengan taktik mudah ini.”

“Bagaimana Puan E jana hampir RM20,000 dengan kos iklan RM15 sehari saja di FB dan IG.”

“Bagaimana bisnes Tuan Daus dan Puan Ira buat duit ekstra RM159,000 dalam masa 10 bulan tanpa perlu bekerja lebih?”

“Bagaimana Tuan S dapat 8,000 ejen dan stokis dalam masa 1 tahun 5 bulan untuk produk keluarannya?”



Jadi, bagaimana anda boleh gunakan perkataan BAGAIMANA (berapa banyak bagaimana daaa..) dalam iklan dan copywriting anda?

Template copywriting power di bawah boleh membantu..

1) Bagaimana [objektif mahu dicapai]

Contoh:
Bagaimana untuk dapat 5 A dalam UPSR.


2) Bagaimana [objektif mahu dicapai] [tanpa susah]

Contoh:
Bagaimana buat kek hari jadi tanpa perlu menggunakan oven besar.


3) Bagaimana [dengan mudah] [objektif mahu dicapai]

Contoh:
Bagaimana dengan mudah simpan duit gaji RM500 setiap bulan.


4) Bagaimana [objektif mahu dicapai] [masa] [kos]

Contoh:
Bagaimana hasilkan cenderahati kahwin dalam masa 5 minit dengan kos RM1.


5) Bagaimana [objektif mahu dicapai] [seperti]

Contoh:
Bagaimana nak nampak cantik seperti artis Korea?


Semoga bermanfaat ye?

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet