fbpx

6 kajian saintifik untuk jadikan copywriting berkesan!

0 Shares

Kalau anda nak jual produk atau servis secara online, skill copywriting sangat penting.

Maaf silap.

Sangat sangat sangat penting sebenarnya.

Sebab majoriti pelanggan online hanya boleh baca copywriting anda untuk buat keputusan pembelian.

Formula untuk copywriting berkesan ni bukannya susah pun.


FORMULA COPYWRITING BERKESAN

1) Bagitahu prospek anda faham keperluan mereka.

2) Bagitahu prospek kenapa produk anda adalah pilihan terbaik untuk selesaikan masalah.

3) Tunjukkan segala macam bukti seperti testimoni, gambar, sijil dan sebagainya.

4) Terangkan segala cara bagaimana produk anda memberi manfaat.

5) Tunjukkan harga yang buatkan prospek rasa berbaloi.

6) Bagi jaminan seperti jaminan wang.

7) Tambah bonus untuk buat prospek lebih teruja.

8) Hadkan masa atau kuantiti.

9) Minta prospek membeli dan terangkan langkahnya.


Haa tengok.

Senang je kan formula untuk buat copywriting berkesan ni.

Apa yang susah sangat?

β€œErmm tapi macam mana nak buat copywriting kita lebih berkesan? Kadang tu rasa tak yakin yang copywriting tu boleh pengaruh pelanggan membeli.” πŸ˜“

copywriting berkesan

Cuba baca buku Influence: The Psychology of Persuasion.

Buku ni ditulis oleh Dr. Robert Cialdini.

Buku ni dah terjual lebih 3,000,000 unit seluruh dunia.

Bagi saya buku ni wajib dibaca oleh semua marketer dan copywriter.

Dalam buku ni ada 6 kajian santifik yang boleh kita gunakan untuk hasilkan copywriting yang berkesan.

Saya kongsikan secara ringkas.


6 KAJIAN SANTIFIK

1) Reciprocity

Kita cenderung untuk memberi kepada mereka yang beri kepada kita dulu.

Contoh:

Ajar prospek sesuatu yang berguna dalam copywriting anda.

Berikan je secara percuma.

Bagi manfaat sebanyak mungkin sebelum cuba menjual kepada mereka.


2) Liking

Kita senang untuk berkata YA kepada orang yang kita kenal dan suka.

Contoh:

Menulislah sebagai manusia.

Cuba hubungkan diri anda dengan diri prospek melalui tulisan.

Umpama kita sedang menulis kepada seorang sahabat yang kita ambil peduli.


3) Social Proof

Kita mudah untuk ikut apa orang lain buat.

Contoh:

Bagitahu siapa dah gunakan produk anda.

Bagitahu berapa ramai dah langgan servis anda.

Kongsikan testimoni-testimoni pelanggan yang berpuas hati.


4) Authority

Kita selalunya bergantung kepada pendapat pakar untuk buat keputusan tertentu.

Contoh:

Tunjukkan kepakaran anda.

Bukan sekadar cakap kepakaran saya adalah… tapi sebenarnya tak pakar pun.

Tunjukkan bukti seperti sijil atau pengiktirafan pihak tertentu.

Paling penting, tunjukkan hasil kerja dan pencapaian anda.


5) Consistency

Bila kita dah buat pilihan dan bertindak, kita cenderung untuk terus konsisten.

Contoh:

Cuba jual sesuatu yang rendah harganya.

Jual produk harga RM30.

Kemudian boleh cuba jual yang lebih mahal macam RM300 atau RM3,000.

Pelanggan yang dah beli sekali mudah untuk beli lagi.


6) Scarcity

Kita suka untuk rebut sesuatu yang terhad.

Contoh:

Buka jualan dalam masa yang terhad.

Tawarkan bonus-bonus dengan kuantiti terhad.

Buat promosi pada hari tertentu saja.

Tawarkan sesuatu eksklusif untuk pelanggan tertentu.


Jadi itulah 6 kajian saintifik yang boleh anda gunakan untuk jadikan copywriting semakin berkesan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk bisnes anda.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet