fbpx

Pelanggan percaya iklan anda dengan ayat copywriting begini.

0 Shares

Anda perasan tak?

Bila makin nak raya, makin banyak iklan yang keluar.

Iklan juadah berbuka. Iklan baju melayu. Iklan tudung raya. Dan banyak lagi.

1 masalah dengan iklan-iklan ni adalah pelanggan belum tentu percayakannya.

Begini..

ayat copywriting iklan raya

Katakan anda nak cari baju raya.

Anda tengok iklan A.

“Kami ada banyak design baju raya untuk anda pilih.”

Kemudian anda tengok pula iklan B.

“Kami ada 40 design baju raya untuk anda pilih.”

Iklan mana yang anda rasa lebih tertarik untuk membeli?


Kalau saya, saya pilih iklan B.

Sebab saya tahu ada 40 design baju yang boleh dipilih.

Saya ada banyak pilihan.

Mesti salah satu ada yang saya suka.


Tapi apa masalah dengan iklan A?

Dia cuma kata ada banyak design.

Banyak tu banyak mana?

5 pun banyak. 10 pun banyak.

Saya tak jelas.

Jadi saya tak percaya boleh dapat baju yang saya nak.

Bila pelanggan tak percaya, maka tak ada jualan untuk anda.


Jadi macam mana anda boleh tingkatkan kepercayaan pelanggan?

Guna je taktik psikologi copywriting ni.

Mudah je.

Jom buat!


Cuba tengok copywriting-copywriting yang dah anda tulis.

Mungkin di website. Mungkin di FB. Mungkin di IG.

Cuba cari ayat-ayat copywriting membawa maksud yang umum.

Contoh:

1) Kami ada ramai pelanggan.

2) Ada pelbagai lauk-pauk untuk anda pilih.

3) Tempahan siap dengan segera.

4) Kami dah lama berniaga roti john.

5) Jus kami mengandungi buah saja.


Sebenarnya ayat-ayat copywriting begini tak kuat. Pelanggan takkan dengan mudah percayakannya.

“Tempahan siap dengan segera.. Betul ke ni? Esok aku nak balik kampung dah. Hari ni jugak kena siap.” 🤔

“Dah lama berniaga roti john? Entah-entah baru start bulan lepas.”
🙄

“Eh tak mungkinlah ada buah je.. Mesti ada banyak campur air dalam jus ni.”
😏


Sekarang ubah ayat copywriting umum ni menjadi lebih spesifik.

Contoh:

1) Kami ada 200 pelanggan.

2) Ada 30 lauk-pauk untuk anda pilih.

3) Tempahan siap dalam masa 1 jam.

4) Kami dah 5 tahun berniaga roti john.

5) Jus kami mengandungi 100% buah.


Ayat copywriting spesifik begini lebih kuat dan meyakinkan pelanggan.

Barulah lebih mudah untuk pelanggan percaya.

“Oh 1 jam je siap? Sempatlah setel sebelum aku balik kampung.” 😃

“Wah dah 5 tahun berniaga roti john. Banyak pengalaman ni. Mesti sedap.”
🤤

“100% buah? Takde campur air langsung? Macam ni baru puas hati.”
😁


Dah nampak kan macam mana?

Ubah je ayat-ayat umum dalam copywriting anda menjadi lebih spesifik.

“Tapi saya baru setahun berniaga. Macam tak best je bagitahu dah setahun berniaga. Boleh ke saya nak bagitahu dah 10 tahun?” 😜

Eh tak boleh. Kena jujur. Bagitahu je dah setahun berniaga.


Tapi kalau rasa ayat ni tak menyumbang untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan, jadi tak payah letak dalam iklan.

Cari kekuatan-kekuatan lain yang boleh dikongsikan.

Okey?

Semoga bermanfaat ye.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet