fbpx

Perkataan power: Cepat!

0 Shares

Setiap pagi saya akan hantar anak ke taska macam biasa.

Ada satu hari tu masa berhenti di lampu trafik, sebelah saya ada sebuah kereta Honda warna biru.

Lampu baru bertukar warna hijau, dia dah hon-hon kereta depan suruh jalan.



“Mak aih tak sabarnya.”, kata saya dalam hati.

Dia buat perkara yang sama pada semua lampu trafik yang kami lalu.

Anak saya yang sedang tidur pun sampai terjaga dengar bunyi hon kereta dia.

“Mungkin dia dah lambat nak pergi kerja. Atau tak tahan nak melabur. Atau memang nak cepat je.”, saya cuba bersangka baik.


Lumrah manusia suka kepada cepat dan segera.

Saya pun. Kalau pergi mall, mesti nak cepat dapat parking.

Tak kuasa nak tawaf pusing banyak kali mencari parking.

Tapi mungkin, kadar nak cepat dari seorang manusia ke manusia yang lain berbeza-beza.


Bagaimana anda boleh gunakan lumrah manusia ni untuk iklan anda?

Cepat
Pantas
Segera


Cuba gunakan perkataan di atas dalam ayat copywriting anda.


Contoh:

“Hanya tinggal 30 seat saja untuk kelas parenting ini. Cepat klik sini dan daftar sekarang!”

“Mesin pengering ini boleh boleh keringkan semua baju anda sepantas 30 minit. Tak perlu lagi menunggu seharian untuk baju dikeringkan.”

“Perlukan tshirt dengan segera? Kami boleh cetak tshirt anda dalam 1 hari saja.”



Anda kena berhati-hati menggunakan perkataan di atas.

Silap percaturan, hanya akan memakan diri.

Pastikan anda boleh deliver apa yang dijanjikan.

Kalau kata boleh siap dalam 30 minit, pastikan memang siap dalam 30 minit.

Kalau kata boleh sampai esok, pastikan memang sampai esok.

Sekali pelanggan rasa tertipu, susah untuk anda dapatkan kepercayaan mereka kembali.

Nak selamat, under-promise and over-deliver.

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet