4 kesilapan pengiklanan yang biasa bisnes kecil buat. [Poster Percuma]

0 Shares

Apa 4 kesilapan pengiklanan yang biasa bisnes kecil buat?

 

1) Tak tahu dari mana pelanggan datang

Anda buat iklan. Buat di FB, IG dan Youtube.

Ramai orang call nak beli. Anda pun jual.

Tapi anda tak tahu pun dari mana datang pembeli tu semua.

Sebab apa? Sebab semua iklan guna nombor yang sama.

Semua iklan guna call to action yang sama.

“Telefon 012 3456789 untuk menempah.”

Bagaimana nak betulkan?

Letak nombor yang berbeza di FB, IG dan Youtube.

Atau letak call to action yang berbeza.

FB: “Whatsapp kod A1 ke 012 3456789 untuk menempah.”

IG: “Whatsapp kod B2 ke 012 3456789 untuk menempah.”

Youtube: “Whatsapp kod C3 ke 012 3456789 untuk menempah.”

Dengan ini anda tahu dari mana paling ramai pelanggan datang. Kelak anda boleh abaikan channel yang tiada pelanggan.

 

2) Iklan salah tempat

Anda suka baca surat khabar Sinar. Anda pun buat iklan di surat khabar tu. Salah!

Apa yang anda suka belum tentu pelanggan anda suka.

Cuba tanya pelanggan sedia ada anda. Surat khabar apa yang mereka baca?

Katakan majoriti suka baca Metro. Jadi anda kena buat iklan di Metro walaupun anda tak suka baca sebab banyak berita mengarut.

 

3) Hanya cerita tentang spesifikasi

Tudung ini diperbuat daripada material XYZ.

Orang peduli apa dengan material XYZ tu?

Orang peduli tentang apa material XYZ tu boleh bagi.

Orang peduli tentang manfaat!

Tudung ini diperbuat daripada material XYZ. Jadi tudung ini mudah dibasuh dan tidak luntur warnanya.

Bukan itu saja. Tudung ini juga tak perlu digosok. Tegang dengan sendiri!

 

4) Salah terima nasihat

Semua orang boleh beri nasihat. Tapi bukan semua boleh beri nasihat yang betul.

Apabila anda berjumpa dengan ejen iklan surat khabar, mestilah dia akan kata surat khabar dia yang paling bagus untuk letak iklan.

Mana boleh dia kondem tempat dia cari rezeki kan?

Sebaiknya minta nasihat daripada usahawan lain yang bisnesnya lebih kurang macam kita.

Katakan anda buat katering untuk majlis kahwin.

Anda boleh minta pendapat usahawan yang buat bisnes jurufoto majlis kahwin. Atau wedding planner. Atau mak andam. Atau khemah kahwin.

Tanya mana mereka buat iklan untuk bisnes mereka. Jawapan mereka lebih tulus.

 

Okay. Itu dia 4 kesilapan pengiklanan yang biasa bisnes kecil buat.

Saya pernah buat. Anda pun mungkin pernah juga. Jadi sama-sama kita perbaiki.

Anda klik je sini untuk download poster di bawah secara percuma. Boleh print kemudian tampal di dinding untuk panduan dan peringatan.

 

Nanti saya tanya suami dulu..

Leave A Response

* Denotes Required Field