fbpx

Perkataan power: Bayangkan..

0 Shares

Bayangkan..

Perkataan ni seolah-olah ada kuasa hipnosis. Mampu untuk memukau.

perkataan power

Pernah tak anda ke kedai pakaian, kemudian promoter minta untuk anda cuba dulu?

Mula-mula anda tak nak beli. Konon-konon nak jimat duit.

Tapi bila dah cuba pakai dan berkenan, jadi pula beli.


Perkara begini biasa terjadi untuk bisnes offline.

Kalau pergi ke showroom kereta, salesman akan minta anda test drive kereta.

Kalau pergi ke kedai emas, saleswoman akan minta anda kalungkan rantai leher.

Mereka minta ini semua sebab nak anda melihat dan merasai pengalaman menggunakan produk mereka.


Tapi macam mana pula dengan bisnes online?

Memang agak sukar. Namun tak mustahil.

Anda perlu bantu prospek bayangkan bagaimana dengan menggunakan produk anda, dapat mengubah hidup mereka dari sebelum kepada selepas.

Dari sakit kepada sihat. Dari sedih kepada gembira. Dari sempit kepada lapang. Dari miskin kepada kaya.


Contoh:

Bila saya tanya berapa peningkatan sales lepas gunakan panduan Psikologi Harga, beliau jawab 100%.

100% geng. Bukang 20%. Bukan 50%. Tapi 100%!

Cuba bayangkan kejap, sales anda yang dapat peningkatakan 100% ni. Berapa agaknya sales anda sekarang?

“Sekarang ni sales aku 5k sebulan. Kalau naik 100%, dah 10k lah. Wow!”

“Sales I about 30k a month. If naik 100% dapatlah dalam 60k. Not bad.”

Dan cuba bayangkan pula, apa anda boleh buat dengan keuntungan yang meningkat sama tu?

“Boleh beli langsir raya untuk isteri. Boleh beli kasut raya untuk anak. Boleh beli baju raya untuk ayah. Boleh beli tudung raya untuk mak. Boleh bagi duit raya kat adik-adik.”

“Kalau I, I nak pergi holiday raya nanti. For a week at least. Hilangkan stress kerja.”



Sekarang anda dah pun tahu kehebatan perkataan BAYANGKAN.

Boleh gunakan dalam iklan dan copywriting anda?

Bayangkan.. selepas mencuba jualan bisnes anda naik 200%.

Gembira tak? Apa anda akan buat dengan duit untung ekstra tu?

Panduan Psikologi Iklan & Copywriting

35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah.

Klik butang di bawah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Tweet