Prospek minat untuk beli. Tapi mungkin mereka belum bersedia. Jadi mereka berikan alasan.
Prospek juga mungkin masih tak nampak keperluan untuk memiliki produk yang mahu anda jual.
Prospek sudah semestinya mahu tahu yang mereka telah buat keputusan yang tepat untuk membeli.
Prospek juga mahu rasa gembira dengan tindakan mereka.
Bagaimana anda bijak menguruskan alasan prospek adalah gambaran awal tentang bagaimana anda akan menjaga mereka setelah menjadi pelanggan.
Jadi sudah pasti prospek mahu menjadi pelanggan kepada penjual yang mereka suka.
=====
Selalunya alasan untuk tidak membeli berkait dengan 4 elemen.
Harga, masa, produk dan sesuatu yang prospek rahsiakan daripada anda.
Apa benda rahsia tu?
Contoh:
“Saya tak suka awak. Tapi saya tak sampai hati nak cakap. Jadi saya bagi tahu yang saya nak fikir dulu.”
======
Macam mana nak berdepan dengan alasan pelanggan ni?
Anda boleh cuba buat langkah di bawah:
1) Senaraikan alasan yang selalu prospek bagi.
2) Tuliskan soalan untuk memahami masalah sebenar.
3) Cipta solusi kepada alasan tersebut.
CONTOH
Alasan:
“Mahal la harga ni.”
Soalan:
“Mahal dibandingkan dengan apa ye?”
“Berapa bajet cik?”
“Kalau saya ‘adjust’ harga tuan akan beli?”
Solusi:
Pelan pembayaran, pakej mampu milik, nilai melebihi harga, dan sebagainya.
=====
Alasan prospek akan selalu kita dapat. Bila tak dapat, maknanya kita dah berhenti menjual.
Berita baik, alasan tu selalunya sama saja.
Sangat mudah untuk tukarkan alasan menjadi jualan apabila kita telah dilengkapi dengan teknik dan skrip jualan yang betul.
Bagaimana tukar alasan prospek jadi jualan?
Bila kali terakhir anda rasa lemah semangat nak bisnes bila prospek bagi alasan untuk beli?Kelmarin?…
Apa nak jawab bila prospek kata,”Nanti saya fikir dulu..”Gunakan 3 skrip ini untuk tingkatkan jualan…
“Sorry lah.. saya tak mampu nak bayar.”Pernah tak prospek cakap macam ni kepada anda?Apa anda jawab?…
Prospek minat untuk beli. Tapi mungkin mereka belum bersedia. Jadi mereka berikan alasan.Prospek jug…
3 perkara anda boleh buat bila prospek senyap lepas tahu harga.1) Follow UpDah tu takkan tidur pulak…
Kenapa prospek tak membeli?Prospek boleh kata macam-macam sebab.Tapi betul ke sebab yang dia kata tu…