Apa nak jawab bila prospek kata,
“Nanti saya tanya suami dulu..”
Sebelum kita jawab, kita kena pastikan 2 perkara ini dulu.
Pertama, prospek kata begitu sebab memang nak minta izin suami ke?
Kedua, prospek kata begitu hanya nak bagi alasan ke?
Baca contoh skrip di bawah..
A: Nanti saya tanya suami dulu ye..
B: Boleh puan. Puan rasa saya dah menjawab segala persoalan puan tentang produk ni ke?
A: Ye sudah..
B: Agaknya apa suami puan akan tanya pasal produk ni?
A: Mungkin pasal harga..
B: Saya pun rasa macam tu. Selain pasal harga apa lagi agaknya?
A: Rasanya itu je.. Yang lain dia tak kisah sangat..
B: Oh. Puan rasa harga produk ni OK tak?
A: Saya OK dengan harga ni.. berpatutan sangat..
Jika prospek jawab macam ni, maknanya memang dia perlu minta izin dengan suami.
Bukan kerana isu harga dan sebagainya.
Jadi apa nak buat sekarang?
Baca contoh skrip di bawah..
“Baguslah kalau macam tu puan. Puan boleh ke nak terangkan pasal produk ni kepada suami?
Apa kata saya bantu puan. Saya tak nak lah puan dengan suami bergaduh kalau puan tersalah bagi penerangan pasal produk ni.
Saya boleh hubungi suami puan dan berikan penerangan yang lebih baik. Boleh saya dapatkan nombor telefon suami puan?”
Sekarang kita hanya perlu hubungi suami dia dan ‘close sales’.
Cakap banyak dengan puan tadi pun tak guna sebab dia bukan ‘decision maker’.
Tapi ini kalau prospek memang nak minta izin suami. Kalau dia kata “Nanti saya tanya suami dulu” sebab nak bagi alasan je macam mana?
Nanti saya tanya suami dulu..
Hari ni saya akan ajar bagaimana untuk dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan,”Mahal la h…
Jangan buat 5 perkara ini apabila berdepan dengan prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.1) Jan…
3 perkara anda boleh buat bila prospek senyap lepas tahu harga.1) Follow UpDah tu takkan tidur pulak…
Prospek minat untuk beli. Tapi mungkin mereka belum bersedia. Jadi mereka berikan alasan.Prospek jug…
Apa nak buat bila pelanggan senyap lepas dapat tahu harga?Pernah tak anda alami pengalaman ni?Pelang…
Apa nak jawab bila prospek kata,”Nanti saya fikir dulu..”Gunakan 3 skrip ini untuk tingkatkan jualan…