Bila kali terakhir anda rasa lemah semangat nak bisnes bila prospek bagi alasan untuk beli?
Kelmarin? Semalam? Tadi?
Jangan risau. Semua orang yang pernah menjual mesti pernah rasa macam ni.
Apa yang penting ialah apa yang anda buat lepas timbul rasa lemah semangat tu.
Katakan semalam anda dapat ramai prospek. Tapi dalam ramai-ramai tu seorang pun anda tak berjaya close.
Mungkin kepala anda akan terlintas soalan-soalan yang macam ni.
“Aku tak pandai bisnes ke?”
“Ini takdir yang dah ditentukan tuhan?”
Jawapan kepada soalan macam ni cuma Ye atau Tak. Hitam atau Putih.
Soalan macam ni tak membawa anda pergi jauh. Soalan macam ni akan membunuh semangat anda.
Bila-bila masa kepala anda terlintas soalan macam ni, cepat-cepat tukar soalan lain.
Cuba tanya soalan macam ni kepada diri sendiri.
“Kenapa diorang tak beli ye?”
“Macam mana aku boleh close prospek yang suka bagi alasan?”
Jawapan kepada soalan macam ni lebih terbuka.
Sekarang cuba jawab soalan tu dengan jujur.
“Mungkin aku masih tak kenal siapa pelanggan aku sebenarnya.”
“Mungkin aku tak faham apa yang aku cuba jual.”
“Mungkin prospek masih belum percayakan aku.”
“Mungkin aku tak pandai jawab alasan yang prospek bagi.”
Apabila anda jawab soalan ni dengan jujur, anda boleh tahu apa yang perlu diperbaiki.
Bagaimana anda merespon kepada keadaan akan menentukan ke mana hala tuju anda selepas ini.
Ubah cara anda berfikir. Rancang penyelesaian kepada masalah. Latih diri untuk menjual lebih baik.
Lemah semangat nak bisnes bila prospek anda bagi alasan untuk beli?
Apa nak jawab bila prospek kata,”Nanti saya fikir dulu..”Gunakan 3 skrip ini untuk tingkatkan jualan…
Jangan buat 5 perkara ini apabila berdepan dengan prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.1) Jan…
Apa nak jawab bila prospek kata,“Nanti saya tanya suami dulu..”Sebelum kita jawab, kita kena pa…
Hari ni saya akan ajar bagaimana untuk dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan,”Mahal la h…
Anda ada kedai? Pernah tak prospek tanya anda atau staf pasal diskaun?Ini ada 1 teknik yang boleh an…
3 perkara anda boleh buat bila prospek senyap lepas tahu harga.1) Follow UpDah tu takkan tidur pulak…